Bapa budak 12 tahun pandu kereta didakwa cuai, dedah anak kepada kecederaan fizikal

Kesalahan itu didakwa dilakukan bapa lima anak berusia 53 tahun itu dengan cara gagal mengawasi anaknya itu sehingga kanak-kanak terbabit memandu kenderaan

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penjual karpet warga Pakistan iaitu bapa kepada budak lelaki berusia 12 tahun yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya, didakwa di Mahkamah Sesyen, Sepang hari ini atas pertuduhan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkan anaknya itu kepada kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan bapa lima anak berusia 53 tahun itu dengan cara gagal mengawasi anaknya itu sehingga kanak-kanak terbabit memandu kenderaan.

Bagaimanapun, warga Pakistan yang juga pemegang kad pemastautin tetap itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah taman perumahan di Taman Putra Impiana, Puchong pada jam 7.30 petang, 28 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasaruddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melapor diri di balai polis berdekatan, sekali setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh membantah jaminan tinggi dikenakan berikutan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.

Ahmad Fuad menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan serta 4 September ini untuk sebutan kes.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong.

Lelaki itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk memberi keterangan pada 11.30 malam, 29 Julai lalu.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang budak lelaki dengan membawa bersama dua adiknya.

Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related