Menipu cacat nak suruh orang beli rendang? Individu dakwa peniaga berlakon OKU raih simpati

Sebuah akaun media sosial berkongsi ‘kisah penipuan’ seorang peniaga yang didakwa sanggup berlakon cacat bagi menagih simpati orang ramai supaya membeli rendang dijualnya

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seseorang peniaga pastinya menggunakan pelbagai strategi dan idea dalam memasarkan produk mereka demi meraih keuntungan.

Bagaimanapun, apa tidak sedap didengar atau dilihat apabila ada peniaga sanggup melakukan ‘taktik kotor’ untuk memastikan hasil jualan mereka membawa keuntungan.

Terbaharu, sebuah akaun media sosial berkongsi ‘kisah penipuan’ seorang peniaga yang didakwa sanggup berlakon cacat bagi menagih simpati orang ramai supaya membeli rendang dijualnya.

Menerusi perkongsiannya, individu terbabit yang menulis dalam nada marah, menceritakan pengalaman berdepan dengan peniaga berkenaan.

Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa, peniaga itu menggunakan kerusi roda ketika menjual rendang kerana kononnya mengalami kecacatan kaki dan sukar bergerak.

“Menipu cacat sebab nak suruh orang beli rendang. Minggu lepas brother ini berjualan pakai kerusi roda konon-konon kakinya cacat tak boleh bergerak dekat kawasan taman.

“Kakak pun beli lah rendang daging dua peket. dia mai (datang) depan rumah duk (asyik) jerit-jerit tengah panas. Kita pun kesian, OKU (orang kurang upaya) kan?” katanya.

Menurutnya, walaupun dia sebenarnya tidak berminat untuk membeli rendang itu, atas niat membantu peniaga terbabit, dia berbuat demikian.

Dakwanya, harga dikenakan peniaga itu juga bukannya murah iaitu RM25 untuk setiap peket rendang.

Ujarnya, apa yang turut mengecewakannya adalah kuantiti rendang dijual lelaki itu juga sedikit dan tidak berbaloi dengan harga dibayar.

“Dia gerak dari taman ke taman, kuantiti rendang nya, hmmmphh seketul saiz dua ibu jari untuk satu peket, dua peket dapat lah dua ketul kecil, dah tipah tertipu, dah rasa kena scam (tipu).

“Hari ini depan mata tengok orang cacat yang sama tu berdiri siap angkat barang masuk kereta…sebelum tu elok je dia naik kerusi roda berjualan…dah dua kali kena scam,” luahnya.

Melalui perkongsian itu, dia turut menasihati individu terbabit supaya berniaga secara jujur demi keberkatan.

“Meniaga lah elok-elok brother (bang)…rendang tu buat lekat kat gigi je RM25…tipah tertipu.

“Kesian dekat yang betul-betul cacat terpalit sama, nak sales (berniaga) dengan cara macam ni, berkat ke tidak? Tak tau lah…peringatan untuk diri sendiri,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai respon dengan rata-rata kecewa dan marah, selain mengecam tindakan digunakan lelaki itu untuk berniaga sekiranya dakwaan berkenaan benar.

“Kena hadap depan-depan dia tunjuk bukti dan tanya, geram pula tengok,” kata seorang pengguna.

“Cacat betul baru ada akal,” tulis seorang individu.

“Hina orang yang buat macam ini,” kata @noteworthytops.

“Rendang tak sedap ke sampai kena rendahkan diri menyamar cacat tu,” soal @Kaksoscili.

“Hidup menipu je…halal ke rezeki menipu tu? Jadi darah daging kot,” kata @elly1407.

Ada netizen secara berjenaka meminta supaya orang ramai yang melihat atau didatangi individu terbabit, supaya ‘memerangkapnya’ agar ‘terkantoi’ menipu’

“Kalau siapa-siapa jumpa dia ni lagi sedang duduk atas wheelchair (kerusi roda)…cuba jerit ‘ular’ nak tengok dia bangun dan lari tak?” kata @CaretaMini.

Manakala, segelintir netizen mengatakan atas sikap segelintir peniaga tidak bertanggungjawab menipu ketika berniaga, membuatkan mereka mengelak daripada membeli produk dijual ‘secara jalanan’.

“Sebab tu aku buat tak tau je kalau ada yang mai nak jual barang…harga pun dah mahal…” kata seorang netizen.

“Sorry (maaf) bukan apa tapi aku takkan beli dengan orang tak ada kedai. Paling kuat pun buka stall (gerai) tepi jalan pun aku beli. Kalau jenis jalan-jalan jual makanan ni memang tak percaya…cekik darah…tak sedap rasa…” menurut individu lain.

“Kesian orang yang betul-betul cacat niaga, kerana seorang macam ni…nak tahu betul-betul minta kad pink (OKU) dia, kalau dia kata tak ada, boleh jalan…” kata sorang pengguna. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related