Semarak bulan kebangsaan bukan tanggungjawab agensi, media kerajaan semata-mata

Inisiatif terbabit mesti turut dilaksanakan agensi swasta, rakyat menerusi pemasangan Jalur Gemilang secara meluas dan peningkatan silibus Sejarah di sekolah

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kempen menyemarakkan bulan kebangsaan bukan sekadar tanggungjawab kerajaan, sebaliknya ia tugas semua pihak agar penghayatannya dapat disampaikan kepada rakyat dengan berkesan.

Bercakap kepada Scoop, penyanyi Yusrizan Usop atau lebih dikenali Bob Yusof berkata, kebiasaannya hanya agensi media di bawah seliaan kerajaan rancak memeriahkan sambutan saban tahun itu, termasuk menyiarkan lagu patriotik atau dokumentari berkaitan sejarah negara.

Justeru, bagi tahun ini, Bob berharap agensi swasta turut sama memeriahkan sambutan bulan kebangsaan ke-67, bagi memastikan ia dapat disemarakkan, khususnya dalam kalangan anak muda.

Yusrizan Usop atau lebih dikenali Bob Yusof berkata, stesen televisyen (swasta) lain dan radio (swasta) perlu memainkan peranan penting seperti RTM, dengan memutarkan lagu-lagu patriotik serta dokumentari berunsur sejarah pada bulan kebangsaan – Gambar Instagram Bob Yusof, 18 Ogos, 2024

“Setiap tahun kita nampak pelbagai agensi dan media kerajaan, seperti RTM yang sentiasa memainkan lagu patriotik serta dokumentari berkaitan sejarah dan pemimpin terdahulu negara.

“Tetapi bagi saya, stesen televisyen (swasta) lain dan radio (swasta) pun kena mainkan peranan penting juga, ikut seperti dilakukan RTM.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita kena ada semangat patriotik, jadi jangan harapkan satu pihak sahaja untuk buat, tambahan radio dan televisyen swasta lebih tinggi rating jumlah penontot serta pendengar, sekali gus dapat menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan,” katanya.

Bob turut berharap agar silibus Sejarah dipertingkatkan mengikut arus semasa, memandangkan terdapat pelajar dan anak muda masa kini kurang peka dengan pengetahuan am mengenai subjek terbabit, terutama membabitkan perjuangan tokoh serta pemimpin zaman lalu.

“Saya nak ulas lanjut mengenai silibus (Sejarah) pun tidak boleh sebab tidak mengetahui teknik pembelajaran sekarang (yang berbeza dengan zaman pembelajaran dahulu).

“Tetapi harapnya ia dapat dipertingkat lagi sebab kita tengok banyak ‘content’ (kandungan) tular di media sosial, menunjukkan anak muda sekarang lebih mengenali artis luar, contohnya K-pop berbanding nama tokoh dan pemimpin negara.

“Situasi ini menunjukkan mereka sedikit kurang peka dengan pengetahuan am membabitkan sejarah negara sendiri,” katanya yang bakal tampil dengan lagu patriotik terbaru berjudul Atas Nama Jiwa Merdeka yang bakal dilancar dalam masa terdekat.

Sementara itu, pakar sosial, Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran berpendapat, pendekatan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di setiap kediaman serta kenderaan menjadi antara usaha yang mampu memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran berpendapat, pendekatan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di setiap kediaman serta kenderaan menjadi antara usaha yang mampu memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan – Gambar Universiti Malaysia Pahang, 18 Ogos, 2024

Ujarnya, jika semua rakyat Malaysia mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang, penghayatan menyemarakan hari istimewa itu dapat disampaikan secara lebih meluas dan tidak seharusnya dihad ketika sambutan hari kebangsaan sahaja.

Mohammad Shatar berkata, rakyat bukan sekadar perlu memahami negara sudah bebas dan merdeka daripada penjajah, malah lebih penting mampu menghayati maksud kemerdekaan itu.

“Minda dan tingkah laku kita juga perlu merdeka daripada pengaruh penjajah atau orang luar.

“Apa boleh kita mantapkan lagi untuk sambutan kemerdekaan, khususnya dalam kalangan orang muda ialah mengibarkan Jalur Gemilang agar kemeriahan kempen di bulan istimewa ini, dapat disemarakkan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Peringkat kebangsaan sambutan itu akan diadakan pada 31 Ogos ini bertempat di Dataran Putrajaya.

Tema bagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini adalah Malaysia Madani: Jiwa Merdeka. – 18 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related