Adun Mahkota meninggal dunia

Terdahulu anaknya, Nadia Abu Bakar, dipetik berkata Sharifah Azizah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom pada Selasa lalu kerana sesak nafas

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, sebentar tadi.

Berita sedih itu dikongsi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi menerusi Facebooknya.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menziarahi Sharifah Azizah di hospital tersebut pagi tadi berkata, Ketua Wanita Umno Bahagian Kluang itu berada dalam keadaan agak kritikal.

Menurutnya, Sharifah Azizah sudah berhenti diberikan ubat tidur sejak pagi tadi.

“Keadaan beliau agak kritikal. Kita berdoa semoga Allah SWT mudahkan urusan beliau dengan sebaiknya dan diberikan kesembuhan.

“Jika sebaliknya berlaku, kita sama-sama berdoa agar segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan Sharifah Azizah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dipercayai akibat pendarahan dalaman.

Bagaimanapun anaknya, Nadia Abu Bakar, kemudian dipetik berkata Sharifah Azizah dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada Selasa lalu kerana sesak nafas, manakala organ dalamannya tiada apa apa masalah seperti yang diuar-uarkan.

Sharifah Azizah adalah bekas Ketua Wanita Umno Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related