Nur Shafila dirayu pulang, ‘ibu siang malam menangis’: Abang

Sudah hampir sebulan Nur Shafila yang baru berpindah ke Semenanjung tidak menghubungi keluarganya yang menyebabkan mereka tertanya-tanya keadaannya

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pulanglah ke pangkuan keluarga…selesaikan apa saja perselisihan faham bersama, kami sayang adik sangat-sangat.

Itu rayuan abang kepada Nur Shafila Shuaib, 20, yang gagal dijejaki keberadaannya sejak 15 Julai lalu.

Bercakap kepada Scoop, Azreen Shuaib berkata, keluarganya tidak akan berputus asa mencari Nur Shafila.

“Dua hari lepas dia ada mesej saya melalui aplikasi TikTok. Dia kata dia dalam keadaan selamat, cuma dia tidak beritahu keberadaannya.

“Kami sekeluarga sangat risau dengan keselamatan adik kerana dia masih baru berpindah ke Semenanjung. Mustahil dia tahu kawasan di sana,” katanya.

Azreen berkata, sudah lama Nur Shafila tidak menghubungi keluarga yang menyebabkan mereka tertanya-tanya keadaannya.

“Itu yang membuatkan kami risau dan hari-hari menunggu.

“Kami bukan mahu menyusahkan hidupnya. Kami hanya nak pastikan dia selamat di sana (Semenanjung),” katanya.

Sementara itu, Azreen berkata, ibunya paling merindui Nur Shafila dan kerap menangis semenjak kehilangannya.

“Mama siang malam menangis fikirkan dia. Yang lebih merisaukan sebab dia perempuan. Kami tak nak apa-apa perkara buruk terjadi kepadanya,” katanya.

Menurut Azreen, keluarga ingin Nur Shafila memahami bahawa laporan polis dibuat berhubung kehilangan itu adalah atas faktor bimbang dan sayangkannya.

“Saya harap dia pun kasihanlah kepada kami (keluarga) di sini. Minta sangat supaya dia nampak kami adik-beradik dan ibu bapa risau mengenai keselamatannya di sana,” katanya.

Terdahulu, polis menerima laporan berhubung kehilangan gadis itu pada 16 Julai lalu.

Menerusi laporan, Nur Shafila berketinggian 148 sentimeter (cm), berat 45 kilogram (kg), berbadan sederhana kurus, bertudung dan tidak berkaca mata.

Dia yang bekerja sebagai pengasuh taska di Desa Petaling di sini, gagal dihubungi keluarga dan kali terakhir dikatakan dilihat di Kampung Sri Malaysia.

Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Shafila, menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis berhampiran. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related