Azmin perlu akur pelan Muhyiddin, jawatan tertinggi parti wajar diisi Ahli Parlimen

Menurut salah seorang ahli MPT yang enggan dinamakan, kekuatan parti bergantung kepada Ahli Parlimen dan ia juga akan menjadikan parti itu lebih menonjol

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu akan lebih kukuh dan menonjol jika jawatan tertinggi parti terutama Presiden dan Timbalannya diisi oleh mereka yang berjawatan Ahli Parlimen.

Justeru beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menggesa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersetuju dengan pelan peralihan yang dicadangkan sebelum ini iaitu mengisi jawatan Setiausaha Agung parti itu.

Sebelum ini timbul khabar angin Azmin, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak jawatan Setiausaha Agung dan disebut-sebut akan merebut jawatan nombor dua parti.

Menurut salah seorang ahli MPT yang enggan dinamakan, kekuatan parti bergantung kepada Ahli Parlimen dan ia juga akan menjadikan parti itu lebih menonjol.

“Contoh seperti parti Pejuang, disebabkan tiada yang menjadi Ahli Parlimen maka orang lupakan Pejuang, begitu juga dengan parti Putra.

“Jika Azmin kekalkan hasrat untuk bertanding Timbalan (menolak jawatan Setiausaha Agung) beliau perlu tahu Presiden adalah Ahli Parlimen. Kenapa tiba-tiba timbalannya bukan Ahli Parlimen. Sekiranya apa-apa terjadi kepada kerajaan hari ini, bagaimana pula?

“Macam Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) yang berlapang dada untuk berundur dan memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana Peja bukan Ahli Parlimen lagi,’’ katanya kepada Scoop.

Pada 13 Julai lalu, Muhyiddin memaklumkan Peja yang juga Timbalan Presiden Bersatu akan berundur daripada jawatan berkenaan bagi memberikan laluan kepada Hamzah pada pemilihan parti berkenaan yang dijadualkan Oktober ini.

Sementara jawatan Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu pula ditawarkan kepada Azmin.

Azmin sepatutnya berjiwa besar seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri) yang berlapang dada memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin (kanan) mengisi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Oktober ini kerana beliau bukan lagi Ahli Parlimen. – Gambar Bernama, 25 Julai, 2024

Bagaimanapun Naib Presiden Bersatu, Datuk Ronald Kiandee berkata, barisan itu hanya cadangan dan tiada usul dikemukakan agar mana-mana jawatan tidak dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Susulan itu, timbul dakwaan mengatakan Azmin menolak tawaran berkenaan dengan beberapa pihak berpandangan bekas Timbalan Presiden PKR itu mengidamkan jawatan lebih tinggi berbanding Setiausaha Agung dalam Bersatu.

Sementara itu, Ahli MPT Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, hasrat Presiden itu adalah yang terbaik memandangkan usia parti Bersatu masih baharu dan tidak sampai 10 tahun.

“Apa yang berlaku sekarang ini yang nampak tidak setuju (dengan pelan peralihan kepimpinan) hanya Azmin sahaja. Saya tidak mahu ulas lebih, tapi cara terbaik untuk elak perpecahan dan terus memantapkan parti ialah dengan mematuhi cadangan Presiden,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu berkata realitinya apabila ada pertandingan dalam pemilihan parti kebiasaannya boleh menjurus kepada perpecahan.

“Realitinya kita lihat kalau ada pertandingan jarang ada yang secara sihat, mana-mana parti politik pun, banyak dah bukti, contoh Umno berpecah pada 1987 disebabkan pertandingan antara Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PAS berpecah lahir Amanah, sebab pertandingan antara Mat Sabu (Datuk Seri Mohamad Sabu) dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang, jadi ia perkara yang bagus apabila ada cadangan pelan peralihan itu,” katanya. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related