PAS ingatkan kehadiran Timbalan Menteri dalam majlis anjuran sekolah libatkan syarikat arak tidak sesuai

Isu penerimaan sumbangan daripada syarikat yang menjalankan aktiviti bertentangan dengan larangan pihak kementerian perlu dibincang dan diperhalusi semua pihak demi melahirkan sebuah masyarakat yang bersih serta harmoni

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin tertentu PAS menegur kehadiran seorang Timbalan Menteri dalam satu majlis anjuran sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) melibatkan penajaan syarikat arak baru-baru ini bukan bermaksud mahu mencetuskan ketegangan kaum.

Sebaliknya Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali menegaskan, ia lebih kepada mengingatkan pemimpin berkenaan bahawa mewakili sebuah parti yang mendakwa memperjuang Islam, majlis tersebut tidak sesuai buat beliau.

“Tambahan sebagai seorang pemimpin kerajaan, kehadiran beliau seakan-akan merestui pelanggaran terhadap surat pekeliling Kementerian Pendidikan yang melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, isu penerimaan sumbangan daripada syarikat yang menjalankan aktiviti bertentangan dengan larangan pihak kementerian perlu dibincang dan diperhalusi semua pihak demi melahirkan sebuah masyarakat yang bersih serta harmoni.

Katanya, PAS menyokong sebarang inisiatif dan usaha murni pihak SJKC untuk mendapatkan sumber bagi membiayai sekolah mereka demi mewujudkan suasana kondusif buat para pelajar di sekolah masing-masing.

“Untuk itu kerajaan perlu membimbing dan menggalakkan lagi ratusan syarikat korporat yang tidak tersenarai di bawah larangan garis panduan kementerian itu untuk memperluas aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

“Ini supaya dapat turut menyumbang ke arah mempertingkat prasarana sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan yang masih tidak sempurna,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu memberi penjelasan berkaitan kehadirannya pada satu majlis kutipan dana sekolah di kawasan Sepang.

Katanya, sebagai tetamu yang diundang, beliau tidak diberitahu oleh penganjur berkaitan senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

Beliau turut memberi amaran kepada seorang pemilik akaun Facebook supaya menurunkan hantaran dan menghentikan fitnah terhadap dirinya atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Pengguna media sosial berkenaan membuat hantaran poster memaparkan gambar Aiman Athirah dan minuman keras. – 23 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related