Ibu bapa Zulfarhan menangis dengar fakta kematian anak dibaca dalam mahkamah

Zulkarnain dan isteri turut melakukan sujud syukur selepas keputusan diumumkan oleh hakim Mahkamah Rayuan

1:59 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ibu bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak dapat menahan kesedihan dan menitis air mata tatkala fakta mengenai kekejaman yang menimpa anaknya dibacakan di Mahkamah Rayuan hari ini.

Menurut bapanya, Zulkarnain Idros, dia dan isterinya, Hawa Osman berasa sedih kerana selama ini mereka tidak mengetahui fakta kematian yang menimpa anak mereka.

“Memang sedih, selama ini kita tak tahu apa yang berlaku. Bila Ketua Hakim membacakan kes dari awal, memang sedih. Selama ini kita tak tahu.

“Sepanjang masa fakta dibaca (menangis). Kami bersyukur, fakta dapat patahkan hujah peguam bela mereka,’’ katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Rayuan hari ini.

Zulkarnain dan isteri turut melakukan sujud syukur selepas keputusan diumumkan oleh hakim Mahkamah Rayuan.

Malah Hawa turut membawa sekeping gambar bersaiz pasport yang memaparkan wajah Allahyarham anaknya itu.

Hawa Osman turut membawa gambar bersaiz pasport Allahyarham anaknya ke mahkamah. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 23 Julai, 2024

Terdahulu, Mahkamah Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh pegawai kadet laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas.

Ia selepas panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dihadapi oleh semua tertuduh.

Selain Hadhariah, dua lagi hakim ialah Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Zulkarnain dalam pada itu berkata, keputusan itu satu kelegaan dan akan mengadakan doa selamat.

“Saya bersyukur pada Allah di mana Dia telah memakbulkan doa saya dan isteri, keluarga serta rakyat Malaysia untuk dikembalikan hukuman gantung sampai mati.

“Pendakwaraya juga begitu hebat, buktikan ada niat membunuh,’’ katanya. – 23 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related