Jangan salah guna Qunut Nazilah untuk tujuan politik, peribadi: Ikim

Sabda Rasulullah SAW menegaskan seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain dan dia tidak boleh menzalimi, menghina dan merendahkannya

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Qunut Nazilah merupakan doa khusus yang dibaca ketika umat Islam menghadapi ancaman besar terhadap agama serta keselamatan mereka dan tidak sepatutnya digunakan dalam konteks perselisihan atau konflik sesama Muslim.

Perkara itu diingatkan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof. Madya Datuk Mohamed Azam Mohamed Adil susulan isu pembacaan Qunut Nazilah terhadap sesama umat yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Menurut beliau, tindakan membacanya dan ditujukan kepada sesama Muslim adalah bertentangan dengan prinsip persaudaraan dan boleh menimbulkan perpecahan serta kebencingan dalam kalangan umat Islam.

Katanya, ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang menegaskan seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain dan dia tidak boleh menzalimi, menghina dan merendahkannya.

“Ikim menyeru semua pihak agar berhati-hati dalam menggunakan Qunut Nazilah dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan politik atau peribadi.

“Kita harus sentiasa berusaha untuk menyelesaikan perselisihan dengan cara yang baik, melalui dialog, musyawarah, dan perdamaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Azam berkata, Ikim juga menggesa semua pihak agar merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan mendapatkan nasihat daripada ulama yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tindakan atau keputusan yang berkaitan dengan agama.

“Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian dan perpaduan umat Islam, serta berusaha untuk menyebarkan nilai-nilai Islam yang sebenar, iaitu kasih sayang, toleransi dan persaudaraan,” katanya.

Baru-baru ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menegaskan umat Islam tidak boleh membaca Qunut Nazilah kepada sesama Muslim ketika terdapat pertembungan tidak mengira apa jua sebabnya termasuk perselisihan politik.

Pejabat Mufti menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrem dan melampau dalam agama. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related