Reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini disambung 7 hari

Hakim membenarkan suspek direman seminggu bermula 23 hingga 29 Julai bagi membantu siasatan lanjut polis

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh reman suspek kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, disambung tujuh hari bermula esok hingga Isnin depan.

Kebenaran itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Nurul Mardhiah Mohammed Redza hari ini, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas lelaki berumur 26 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sambungan reman itu dimohon polis, susulan tempoh tahanan tujuh hari bermula 16 Julai lalu yang dikenakan terhadap suspek, tamat hari ini.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah berkenaan pada kira-kira jam 9 pagi ini dengan mengenakan pakaian lokap serta pelitup muka, bagi proses sambung reman.

Dia dibawa menaiki kenderaan polis dan diiringi beberapa anggota.

Suspek hanya menundukkan kepala ketika dibawa masuk ke ruang mahkamah semasa foto dan videonya dirakam petugas media.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Pada 15 Julai lalu, mayat wanita itu ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada kira-kira jam 6 petang.

Susulan penemuan mayat itu, suspek yang juga kenalan mangsa dan bertugas sebagai anggota polis ditahan pada hari sama, sebelum direman

Hakim Nurul Mardhiah ketika itu membenarkan suspek direman seminggu, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, dikebumikan pada Khamis lalu di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Polis menjalankan beberapa operasi bagi mencari bukti kes pembunuhan, termasuk dilakukan pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor yang berjaya menemukan telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

Operasi pencarian bukti turut dijalankan Unit Skuba Siasatan Forensik Bukit Aman di Sungai Trolak Kampung Batu di Tanjung Malim. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related