Penyeluk saku warga asing ditahan di KLIA

Suspek datang ke Malaysia dengan pas lawatan sosial namun, telah melebihi tempoh dibenarkan

9:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang warga asing ditahan selepas melarikan dompet milik orang awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi semalam.

Suspek pada awalnya melarikan dompet milik mangsa sebelum dikejar orang awam, namun lelaki terbabit berjaya meloloskan diri, dalam kejadian pada jam 9.45 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, suspek berusia 50-an itu akhirnya berjaya diberkas polis empat jam kemudian hasil maklumat yang diberikan mangsa.

“Siasatan awal mendapati, suspek datang ke Malaysia dengan pas lawatan sosial namun, telah melebihi tempoh dibenarkan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/1963.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut juga akan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada suspek turut terlibat dalam jenayah seluk saku dan jenayah lain di KLIA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan dengan segera menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fadzil Zulkifli di talian 011-27132165. – 21 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related