Surat Perakuan Penggambaran: Finas umum 3 syarat penambahbaikan termasuk Standard Contract

Penambahbaikan itu dilakukan selepas mendapat desakan beberapa persatuan hiburan tanah air sejak awal tahun ini

9:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pematuhan baharu kepada syarikat produksi tempatan melalui Garis Panduan/Tatacara Permohonan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pematuhan baharu SPP tersebut merangkumi Standard Contract, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak dan Orang Muda.

“Syarat baharu itu merangkumi tiga iaitu perjanjian rasmi Standard Contract yang mengikut perundangan Malaysia antara syarikat dengan pelaku (mana-mana pihak yang memberikan perkhidmatannya) bagi tujuan maksud pelaksanaan penerbitan SPP.

“Kedua, semua tenaga kerja, kru serta pelakon yang terlibat dalam penggambaran disyorkan mencarum Perkeso serta KWSP melalui persatuan dinaungi mereka.

“Ketiga, Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak dan Orang Muda bagi syarikat produksi yang ingin mendapatkan tenaga produksi, kru atau pelakon kanak-kanak muda selaras dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (1966),” katanya.

Menurut Azmir, insiatif itu merupakan langkah penting bagi memastikan semua kegiatan produksi dan penggambaran mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Penambahbaikan ini bukan sahaja dapat melindungi kepentingan syarikat produsi, kru dan pelakon tetapi juga memberikan perlindungan khusus kepada kanak-kanak serta orang muda yang terlibat dalam industri ini,” katanya.

Pematuhan baharu bagi syarikat produksi melalui Garis Panduan/Tatacara Permohonan SPP ini sudah tentu disambut baik dalam kalangan warga filem tempatan.

Sejak awal tahun lagi, Finas didesak untuk membuat penambahbaikan terhadap permohonan SPP serta mewujudkan satu Standard Contract yang boleh digunapakai pihak penerbit dan pekerja filem termasuk pelakon.

Beberapa persatuan hiburan tanah air seperti Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) antara yang mendesak agar penambahbaikan SPP dan Standard Contract dilakukan dengan segera.

Penambahbaikan SPP dan Standard Contract ini dipercayai dapat membantu mengatasi beberapa kemelut yang selama ini menyukarkan industri untuk bergerak dengan sistem dan ekosistem yang betul. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related