Afif teruja terpilih nyanyikan OST Polis Peronda

Lagu bertajuk Wira Peronda itu dihasilkan dua komposer berbakat Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh untuk drama kepolisian terbitan Yusof Haslam

12:39 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Masih ingat lagi dengan lagu runut bunyi (OST) Gerak Khas yang dinyanyikan Datuk AC Mizal dengan Abby Abadi lewat era 90-an? Lagu itulah yang sering berkumandang tatkala bersiarannya drama kepolisian, Gerak Khas terbitan dan arahan, Datuk Yusof Haslam.

Kini dengan kemunculan drama kepolisian baharu, Polis Peronda yang sekali lagi dicetuskan Yusof bersama pasukannya di Skop Productions, lagu runut bunyi Wira Peronda nyanyian Afif Tirmizie telah dihasilkan.

Afif yang juga bekas alumni Akademi Fantasia Musim kesembilan (AF9), meluahkan perasaan teruja dan bangganya apabila diberi peluang untuk terlibat dalam projek lagu runut bunyi Polis Peronda itu.

“Sudah lama saya nantikan peluang menyanyikan lagu OST. Tidak sangka pula saya akan diberi peluang untuk menyumbangkan suara dalam drama kepolisan hebat ini. Saya benar-benar terharu dan pada masa sama agak gementar kerana tidak pernah menyanyikan lagu berentak pop rock rancak seperti ini.

“Bagi yang mengikuti kerjaya seni nyanyian saya mungkin sudah tahu saya sering membawakan lagu berentak hip hop atau balada. Tapi, inilah suatu cabaran buat saya untuk keluar dari zon selesa selama ini serta memberikan ruang untuk menonjolkan kelainan dari segi vokal dan penyampaian nyanyian saya.

“Apa pun saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati penonton dan memberikan kesan mendalam terhadap drama terutama dalam menyampaikan mesej mengenai semangat dedikasi dan keberanian anggota polis peronda dalam menjalankan tugas dan khidmat mereka kepada negara,” katanya.

Afif yang kini bergerak secara solo selepas menganggotai The Fabulous Cats dan Nukilan juga memberitahu, menerusi projek lagu itu, dia juga berpeluang bekerjasama dengan komposer berbakat Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh buat kali pertama dengan sesi rakaman dalam tempoh dua jam.

enurut Afif, lagu berentak pop rock rancak Wira Peronda telah membawanya keluar dari zon selesa kerana selama ini dia sering menyanyikan rentak hip hop atau balada. – Gambar Afif Tirmizie, 16 Julai, 2024

“Jika diberi peluang, saya ingin bekerjasama lagi dengan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh kerana kedua-dua komposer ini sangat profesional dan tahu apa yang mereka inginkan serta lakukan,” katanya.

Sementara itu, Ikhwan Fatanna pula berkata, dia dan Wan Salleh mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan lagu Polis Peronda setelah menerima permintaan daripada pihak Alternate Records.

“Dari situ, saya mula merangka lirik dan menghasilkan melodi lagu bersama Wan Salleh di studio dan pemilihan Afif sebagai penyanyi memudahkan tugas kami.

“Ia juga mempercepatkan proses rakaman lagu ini kerana dia sentiasa mempunyai idea menarik dan vokalnya yang tersendiri pula menjadikan lagu ini unik,” katanya. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related