Warga emas maut tercekik biji rambutan

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan sesak nafas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut selepas mengalami sesak nafas akibat tercekik biji rambutan dalam kejadian di rumahnya di Felda Lawin Utara, Gerik, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Grik, Zulkifli Mahmood berkata, kematian mangsa berusia 72 tahun itu disahkan pegawai perubatan Klinik Kesihatan Lawin pada jam 8.30 malam tadi.

Menurutnya, anak perempuan mangsa memaklumkan warga emas itu tiba-tiba mengalami sesak nafas sewaktu berada di luar beranda di hadapan rumah mereka pada jam 7 petang.

“Semasa mangsa hendak dibawa masuk ke dalam rumah oleh saksi (anaknya) itu, dia tiba-tiba mengalami sesak nafas. Saksi kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Lawin.

“Semasa di sana, mangsa diperiksa dan terdapat sesuatu terlekat di kerongkongnya. Setelah berjaya dikeluarkan ia disyaki biji buah rambutan.

“Mangsa kemudiannya diberikan bantuan pernafasan oleh pegawai perubatan dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan sesak nafas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related