Selangor Red Giants cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78)

9:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selangor Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB) 2024 malam tadi.

Pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi, SRG bermula dengan langkah kiri apabila tewas perlawanan pertama dengan keputusan 23 ‘kills’ berbalas 16.

Bagaimanapun skuad Malaysia itu kembali bangkit pada perlawanan kedua dengan mempamerkan aksi yang kemas untuk menyamakan kedudukan 1-1 meskipun lawannya AP Bren berjaya mendahului dengan jumlah ‘kills’ 14-11.

Momentum yang diraih anak buah jurulatih Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia itu gagal diteruskan pada perlawanan ketiga sekali gus menyaksikan mereka tewas 6-22 dalam aksi untuk membolehkan AP Bren selesa memimpin perlawanan.

SRG kemudiannya kembali mendapat rentak apabila memenangi perlawanan keempat dan kelima masing-masing dengan keputusan 18-4 dan 12-11.

Ketika hanya satu mata sahaja diperlukan SRG untuk mengesahkan kejuaraan MSC, juara bertahan dari Filipina itu berjaya menyamakan kedudukan apabila memenangi perlawanan keenam dengan dengan keputusan 14-2 sekali gus mengheret SRG ke perlawanan penentuan.

Pada perlawanan penentuan SRG seolah-olah tidak memberi peluang kepada AP Bren apabila  mendominasi perlawanan dan momentum itu diteruskan untuk mengetepikan pasukan lawan  21-10 sekali gus mengesahkan kejuaraan MSC buat kali pertama.

Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali Sekyss dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78). – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related