KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille: Saifuddin Nasution

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan

9:01 AM MYT

 

KUALA NERUS – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan memantau setiap penerbitan Al-Quran versi digital dan braille bagi mengelakkan berlaku sebarang kesilapan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius. 

“Kita ambil ini sebagai tanggungjawab kita… maknanya kalau mereka (penerbit) hasilkan Al-Quran digital sekalipun, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN (PK KDN) ada keupayaan untuk menguruskannya. 

“Saya yakin ia mampu mengurangkan sebarang potensi berlaku kecacatan dari segi penghasilan Al-Quran versi digital… termasuk Al-Quran versi braille,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) KDN di sini semalam. 

Saifuddin Nasution juga berkata Al-Quran yang diimport dari luar untuk tujuan edaran dalam negara juga tertakluk kepada Akta Percetakan Teks Al-Quran dan setakat Jun lepas, KDN telah merampas 22,414 unit teks/bahan Al-Quran import yang tidak menepati standard ditetapkan Malaysia bernilai RM3.2 juta. 

Pada program semalam, beliau turut melancarkan Garis Panduan Penulisan Al-Quran Braille Standard Malaysia untuk memastikan keseragaman cetakan versi braille dengan versi biasa selain Sistem Tasheh yang menggunakan kemajuan teknologi untuk proses semakan pruf akhir. 

Saifuddin Nasution juga berkata KDN akan mengubah sistem penggunaan senjata api oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi mengekang salah guna senjata api tersebut. 

“Senjata api selepas ini akan disimpan di stor senjata. Bila anggota nak bertugas, baru kita akan benarkan dia ambil,” katanya. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related