PDRM perlukan undang-undang khusus untuk tangani buli siber

Polis ketika ini terpaksa menggunakan peruntukan undang-undang berbeza dalam menangani kes berkenaan seperti Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci bagi membendung masalah buli siber secara berkesan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata, polis ketika ini terpaksa menggunakan peruntukan undang-undang yang berbeza dalam menangani kes berkenaan seperti Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998.

“Apabila membabitkan kes peras ugut dan ugutan, polis akan melakukan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan apabila melibatkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman serta ayat jelik, kes itu disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan pertemuan bersama dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, dua jabatan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut hadir membincangkan serta memperincikan perkara berkenaan.

Semalam, Fahmi berkata, dalam usaha menangani masalah buli siber di platform media sosial, Kementerian Komunikasi akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain undang-undang lain yang berkaitan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan juga akan meneliti jika terdapat keperluan bagi mewujudkan atau menggubal akta baharu khusus untuk buli siber.

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ajith Kumar launches racing team, set to compete in global events

The popular Tamil actor and professional racer expands his motorsport career with ‘Ajith Kumar Racing,’ aiming to support young talent in international racing series

Related