‘Tolong simpan kebodohan anda’ perang mulut Lokman-Akmal makin panas

Kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu tidak dikosongkan berikutan kelompongan dalam akta lompat parti selepas pemimpin Bersatu sendiri menolak cadangan pindaan akta sebelum ini

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Dr Muhamad Akmal Saleh saling berperang mulut dengan masing-masing menggunakan perkataan kasar susulan isu melibatkan enam Ahli Parlimen Bersatu.

Lokman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno telah menemplak Akmal iaitu Ketua Pemuda Umno kerana mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu itu, yang dipecat dari parti kerana memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurut Lokman, Akmal sepatutnya menyedari kerusi berkenaan tidak dikosongkan berikutan kelompongan dalam akta lompat parti gara-gara kebodohan pemimpin Bersatu sendiri yang menolak cadangan pindaan akta berkenaan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika itu.

Antara cadangan yang ingin dimasukkan itu ialah klausa yang menyatakan bahawa Ahli Parlimen yang melanggar kehendak parti akan kehilangan kerusi mereka secara automatik.

“Saya masih ingat lagi Datuk Seri Wan Junaidi, tiga kali sampai ke tahap nak meletakkan jawatan kerana cadangan beliau ialah satu akta yang cukup lengkap, cukup kukuh dan tidak longgar tetapi dibantah oleh Menteri Bersatu kerana mereka mahu mencuri dan membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum (PRU-15).

“Benda ini menjadi longgar disebabkan pemimpin Bersatu. Apa kejadahnya Ketua Pemuda Umno menjadi jurucakap kepada Perikatan Nasional,’’ soalnya menerusi video yang dimuatnaik di Facebook beliau hari ini.

Perdebatan itu berlaku susulan kenyataan Akmal yang mempertikaikan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang menolak pengosongan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu.

Akmal turut mempersoalkan adakah keputusan sama terpakai untuk pihak lain pada masa akan datang.

Malah beliau juga memberi contoh mengenai Lokman yang dulu asalnya dari PKR namun melompat masuk ke dalam Umno dan perbuatan tersebut tetap dianggap sebagai katak politik.

“Bila berbeza pendapat tuduh orang jadi jurucakap parti lain, inilah level orang yang tiada otak dan buatkan rakyat benci pada orang politik.

“Teruskan menjadi bodoh wahai Lokman Adam kerana rakyat tidak bodoh, yang bodoh macam tiada otak itu hanya kau sahaja,’’ katanya. – 13 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related