Dakwaan gabungan Noh-Azmin gerunkan lawan ‘merapu’, sebab dia BN ‘lingkup’: Puad

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata Tan Sri Noh Omar seharusnya tidak angkuh, kerana mana mungkin wujud ‘dua jeneral dalam satu kapal’

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan Tan Sri Noh Omar kononnya gabungan beliau bersama Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menakutkan parti kerajaan, dianggap tidak berasas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Noh yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, seharusnya tidak angkuh untuk mengeluarkan kata-kata itu kerana hakikat harus disedarinya mana mungkin wujud ‘dua jeneral dalam satu kapal’.

“Hebat juga Noh Omar. Dia dakwa gabungan Azmin-Noh menakutkan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH). Gabungan dua panglima ini akan menguatkan Perikatan Nasional (PN) dakwa Noh.

“Noh lupa dia Jeneral Umno Selangor di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Mana mungkin ada dua Jeneral dalam satu kapal. Noh ‘pendatang asing’. Maka Noh-Azmin bukanlah panglima yang menggerunkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad berkata, ketika memegang kedudukan Jeneral Umno di Selangor pada PRU-14, beliau adalah individu yang mendesak Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak melewatkan pilihan raya berkenaan sehingga selesai urusan persempadanan.

Malah, katanya, BN ‘melingkup’ di Selangor dan Pusat gara-gara Noh, namun kini beliau sanggup membuat pengakuan membantu Azmin dari belakang pada pilihan raya negeri ke-15 (PRN-15).

Justeru, Puad mempersoalkan, dengan pengakuan dibuat Noh itu, mengapa pula beliau marah apabila digantung Umno.

“Dia sendiri minta dipecat. Maka jangan tuduh Umno kuku besi,” katanya.

Pada masa, Puad melahirkan simpati kepada Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang kerana cita-cita beliau untuk menjadi calon kawasan berkenaan tidak kesampaian, susulan kerusi itu tidak dikosongkan.

“Apa pun kita simpati kerana cita-cita Noh jadi calon tersekat. Speaker buat keputusan kerusi Tanjong Karang tidak kosong.

“Noh kempunan. Azmin lega.

“Maka Noh-Azmin bukanlah panglima yang menggerunkan,” katanya.

Terdahulu, Noh dalam kenyataannya kepada media memaklumkan, ada pihak gerun dengan gabungannya bersama Azmin, selepas beliau menyertai Bersatu.

Katanya, jika beliau dan Azmin berada dalam satu pasukan, PN mampu menawan Selangor. – 13 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related