Kim Sung Kyu pilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama konsert solo, LV3: Let’s Vacay

Tiket konsert boleh didapati menerusi www.etix.com mulai 12 tengah hari, 17 Julai pada harga RM788 hingga RM588

6:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua kumpulan Infinite, Kim Sung Kyu bakal berkunjung ke Malaysia untuk menjayakan konsert solonya, [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour pada Ogos ini.

Konsert diadakan dua malam berturut-turut yang dinantikan peminat setianya itu, adalah sebahagian daripada konsert solo Jelajah Asia yang menyaksikan Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan pertamanya.

Dianjurkan D-SHOW, manakala Offbeat dan 43 sebagai promoter, Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour itu, dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Ogos, jam 4 petang.

Ini persembahan solonya yang julung kali diadakan selepas 11 tahun Sung Kyu tidak berkunjung ke Malaysia.

[LV3: Let’s Vacay] adalah kesinambungan konsert solonya selepas [LV2: Like Your Vibes] yang diadakan pada tahun lalu dan [LV1: Light & Voice] pada tahun sebelumnya.

Sung Kyu yang berjaya mencipta nama sebagai figura K-pop terkenal, mula terbabit dalam bidang seni pada 2010 sebagai ketua kumpulan Infinite, dengan album mini pertama mereka,‘First Invasion’.

Album itu merangkumi single utama ‘Come Back Again’ yang sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai generasi Kpop baharu.

Sejak itu, Sung Kyu mencipta kerjayanya dalam pelbagai bidang seni, termasuk muzik, filem, rancangan televisyen, muzikal dan pengacaraan.

Tamat perkhidmatan tentera pada tahun 2020, Sung Kyu kembali beraksi sebagai penghibur dengan mengadakan konsert solo ‘Shine Encore’ selama tiga hari di Seoul.

Malah, Sung Kyu sering tampil dalam pertunjukan dan muzikal, selain melancarkan album mini ketiganya ‘Inside Me’ dan terus aktif hingga kini.

Bermula daripada album mini solo pertamanya ‘Another Me’ yang dikeluarkan pada 2012, hingga kini dia mengeluarkan satu album studio dan lima album mini.

Mengenai konsert itu, tiket boleh didapati menerusi www.etix.com mulai 12 tengah hari, 17 Julai pada harga RM788 bagi tempat duduk VIP, RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), dengan tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4 dan bayaran transaksi RM10. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related