SPRM mohon reman terhadap pasangan suami isteri yang juga pempengaruh

Berdasarkan video yang tular di media sosial, dua lelaki lain turut dibawa bersama pasangan suami isteri itu yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan derma.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, dua lelaki lain turut dibawa bersama pasangan suami isteri itu yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Empat individu berkenaan tiba di Mahkamah Putrajaya pada jam 9.15 pagi dengan menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keempat-empat mereka ditahan semalam.

Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang bagi membantu siasatan selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

Sebelum ini, sebuah akaun di Facebook mendakwa pasangan itu membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.

Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumahtangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat.

Bagaimanapun, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related