Bom mortar ditemukan dalam rumah sewa

Bahan letupan itu ditemukan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan jiran kepada pemilik rumah berkenaan

2:00 PM MYT

 

JASIN – Sebutir bom mortar berukuran 60 milimeter Practice Inert ditemukan di dalam rumah sewa tidak berpenghuni di Taman Bukit Tembakau, Merlimau, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata bom digunakan untuk latihan dan disahkan tidak mengandungi bahan letupan itu ditemukan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan jiran kepada pemilik rumah berkenaan.

Beliau berkata lelaki itu telah diminta oleh pemilik rumah iaitu wanita berusia 65 tahun untuk membantu membersihkan barangan peribadi milik bekas penyewa premis itu yang ditingggalkan hampir tujuh bulan lepas.

“Semasa mengemas, lelaki itu menemukan objek menyerupai bom mortar dan menghantar gambar kepada pemilik premis dan pemilik premis kemudian membuat laporan polis pada 7.58 malam hari sama.

“Bertindak atas laporan itu, anggota cawangan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bergegas ke rumah berkenaan pada 8.45 malam dan mengesahkan penemuan bom mortar terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bom berkenaan kemudian diambil oleh pihak UPB dan dibawa ke IPK Melaka untuk tindakan pelupusan.

Menurut Ahmad Jamil sebelum ini rumah teres setingkat itu disewakan kepada seorang lelaki yang bekerja di negeri itu sejak 2022 sebelum meninggalkan rumah berkenaan pada Januari lepas dan premis itu tidak disewakan kepada individu lain hampir tujuh bulan.

Pemilik rumah terbabit, katanya tidak berhubung dengan penyewa berkenaan sehingga kini dan polis sedang mengesan lelaki itu untuk membantu siasatan. – 8 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related