Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa

Sekiranya sifat itu diamalkan oleh masyarakat dengan mendalami pengertian hijrah di samping “bangun” daripada kemalasan untuk mengangkat martabat diri, negara pasti akan membangun dengan maju

8:51 AM MYT

 

IPOH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.

Anwar berkata Rasulullah SAW suatu masa dahulu bersama kekuatan keyakinan, akidah, akhlak dan nilai, mempertahankan hak serta keadilan dengan menolak penyelewengan, kezaliman serta rasuah dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata sekiranya sifat itu diamalkan oleh masyarakat dengan mendalami pengertian hijrah di samping “bangun” daripada kemalasan untuk mengangkat martabat diri, negara pasti akan membangun dengan maju.

“Hijrah itu ertinya meninggalkan amalan lapuk dan syirik, amalan kezaliman, penindasan, fitnah yang berlaku berleluasa, maka baru kita berubah dan saya percaya Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia ini akan membawa semangat yang sama, kita akan selamatkan bangsa dan umat kita.

“Saya kebetulan generasi lama, tetapi dalam soal mempertahankan hak, kedaulatan, saya tidak peduli … lawan tetap lawan!” katanya ketika berucap merasmikan penubuhan PLG di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi serta Presiden PLG Datuk Abdullah Ghani Kassim.

Anwar berkata masyarakat tidak boleh leka kerana negara kini sedang bersaing untuk membangun, maka mereka perlu melengkapkan ilmu, meningkatkan pengertian keadilan dan bersatu dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat.

“Kita perlu pelaburan, digital, kecerdasan buatan, basmi kemiskinan dan syaratnya (untuk maju) mesti ada pimpinan daripada golongan muda, PLG, pimpinan politik negara yang tolak kezaliman dan hentikan guna kuasa untuk mengayakan diri.

“Saya beri jaminan dengan kuasa yang ada pada saya, saya akan pastikan baik PLG atau silat gayung atau apa sahaja jentera yang ada untuk mengukuhkan lagi dan mengangkat martabat bangsa menjadi bangsa yang hebat,” kata beliau.

Justeru, Perdana Menteri berkata beliau mahu semua pihak untuk menghentikan segala perbalahan serta menggunakan semangat hijrah kerana inilah masanya untuk mereka bangun sebagai satu kekuatan di samping menunjukkan bangsa yang hebat ialah yang berilmiah, berprinsip, kuat bekerja serta menegakkan keadilan bagi negara dan masyarakat.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan daripada PLG Malaysia kepada lima pelajar di negeri ini melibatkan dua pelajar cemerlang 4A Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal 1 2024, seorang pelajar cemerlang 4A STPM Penggal 2 2024 dan dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. – 8 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related