Kerajaan tumpu laksana subsidi diesel sehingga sasaran stabil: Kementerian Ekonomi

Namun, kerajaan juga sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95

10:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Ekonomi menegaskan tumpuan dan keutamaan kini diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasaran subsidinya menstabil, sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan. 

Namun, kerajaan juga sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95. 

“Inisiatif penyasaran subsidi bahan api yang telah dimulakan dengan subsidi diesel ini dijangka dapat memastikan kemampanan ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan susulan aktiviti penyeludupan dan impak kepada kos sara hidup rakyat. 

“Melalui pendekatan ini, penyasaran subsidi diesel dijangka menjana penjimatan sebanyak RM4 bilion dan dapat memberi ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, hari ini. 

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  (BN-Bera) yang mahu mengetahui bilakah subsidi bersasar akan dilaksanakan dan apakah mekanisme pelaksanaan tersebut. 

Mengulas lanjut, kementerian itu berkata berdasarkan tanggungan yang besar bagi subsidi bahan api sedia ada, terdapat keperluan untuk kerajaan menyasarkan semula subsidi bahan api dan usaha itu juga dijangka dapat membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal antara 3.5 peratus hingga 3.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2025. 

Sementara itu, menjawab persoalan apakah berlaku pertindihan di antara program Pangkalan Data Utama (Padu) dan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani), Kementerian Ekonomi menjelaskan bahawa berdasarkan pendekatan keseluruhan kerajaan dalam merangka serta melaksanakan agenda pembangunan negara, program-program yang sedang dilaksanakan adalah saling berhubung kait dan mendokong matlamat kerajaan.

“Pada masa kini, Padu masih lagi dalam peringkat penambahbaikan dan pengintegrasian data akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa,” kata kementerian itu. – 4 Julai, 2024  

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related