Berebut kerusi DUN Nenggiri: Mursyidul Am PAS tegur kepimpinan PN supaya lebih matang

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan menghantar calon mewakili PN untuk bertanding pada PRK DUN Nenggiri

11:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kepimpinan PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) ditegur supaya lebih matang dalam isu menentukan calon parti mana lebih layak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ketika dihubungi Scoop, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menegaskan, perebutan kerusi itu hanya merugikan dan tidak perlu menjadi punca perpecahan dalam gabungan berkenaan.

“Harap pihak pimpinan (dalam PN) lebih matang untuk tentukan calon.

“Kalau jadi tiga penjuru sebab tidak puas hati, itu akan merugikan PN dan menguntungkan lawan.

“Jangan jadikan ini punca untuk berpecah, utamakan perpaduan dalam PN,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan menghantar calon mewakili PN untuk bertanding pada PRK DUN Nenggiri.

Katanya, perkara itu sudah diputuskan sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik Bersatu.

Susulan itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan lanjut peringkat pimpinan PN akan diadakan terlebih dahulu berikutan terdapat permintaan PAS kawasan Gua Musang untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Habidin Hanipa turut mendesak supaya calon PAS diberi peluang untuk bertanding di kerusi tersebut.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, beliau secara peribadi berpandangan isu itu bukan satu masalah besar yang tidak boleh diselesaikan.

“Saya yakin pihak jawatankuasa politik PAS dan Bersatu matang untuk menentukan siapa lebih layak dan sesuai bertanding di situ.

“Semangat perpaduan yang diulang selama ini untuk menyatupadukan suara orang Melayu dan Islam itu yang kita utamakan,” katanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related