Langgar pelajar Tingkatan 5: Pegawai kanan polis mohon dibebaskan dengan jaminan

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh pendengaran permohonan jaminan bagi kes pegawai kanan polis terbabit

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang didakwa atas pertuduhan membunuh pelajar lelaki Tingkatan Lima, Disember lalu memohon dibebaskan dengan jaminan.

Menurut pegawai kanan polis berusia 45 tahun itu, dia masih belum didapati bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

Itu antara alasan dikemukakan pasukan pembelaan Mohd Nazri Abdul Aziz yang diketuai, Jacky Loi Yap Loong dalam afidavit yang difailkan sebelum ini.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh pendengaran permohonan jaminan bagi kes pegawai kanan polis terbabit.

Tarikh itu ditetapkan Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet dengan kedua-dua belah pihak diarahkan untuk memfailkan hujahan masing-masing, sementara menunggu tarikh perbicaraan bagi permohonan jaminan itu.

“Hari ini, mahkamah beri arahan kepada kedua-dua pihak untuk failkan hujahan dan hujahan balas masing-masing. Maknanya selepas 1 Ogos nanti baru kita tahu bila tarikh mula bicara bagi permohonan jaminan itu,” katanya.

Pada 14 Mei lalu, Mohd Nazri yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan membunuh terhadapnya dibacakan juga di hadapan Bhupindar Singh.

Mahkamah ketika itu menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan untuk kedua-dua pihak untuk menyerahkan afidavit masing-masing.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, di sini antara jam 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari pada 15 Disember 2023.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan.

Sebelum ini, Bhupindar Singh juga sudah menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan bagi tuduhan kes bunuh pelajar berkenaan dengan perbicaraan akan bermula pada 4 November depan sehingga 17 Januari 2025. – 1 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related