Malaysia tak bankrap: Rafizi jawab soalan Muhyiddin mengenai pinjaman IMF

Kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, IMF hanya memberikan pinjaman kepada negara yang hampir bankrap dan mempunyai hutang yang banyak

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel tiada kaitan dengan dakwaan kononnya Malaysia mahu meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ini kerana, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, IMF hanya memberikan pinjaman kepada negara yang hampir bankrap dan mempunyai hutang yang banyak.

“Orang ke IMF kerana ia adalah institusi kewangan terakhir dunia. Maksudnya negara yang pinjam duit dengan satu dunia dan bila dah tak boleh bayar, nak bankrap barulah ke IMF seperti contoh Sri Lanka. Bagaimanapun ia tidak berlaku di negara ini.

“Adakah Malaysia nak bankrap? Adakah Malaysia tak boleh bayar hutang? Tak timbul isu nak pinjam IMF pun. Kalau ada orang gila nak pegi IMF, IMF akan kata kamu gila sebab masih ada duit,’’ katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian pada Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap di Padang Lalang, malam tadi.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan sama ada langkah penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan mempunyai kaitan dengan tuntutan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri turut bertanya sama ada trend penyasaran subsidi itu merupakan langkah kerajaan Malaysia untuk meminjam dengan IMF yang meletakkan syarat subsidi perlu dihapuskan.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak menuduh kerajaan akan meminjam dengan IMF namun mahukan jawapan mengenainya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Perikatan Nasional (PN) kini sudah tidak keruan dalam kempen gabungan itu di Sungai Bakap malah beliau dimaklumkan bahawa dua bilik gerakan daerah mengundi PN sudah ditutup.

“Saya dapat maklumat bilik gerakan di Sungai Bakap dan Sungai Duri sudah ditutup. Di Sungai Duri saya berhenti di situ dan sahkan memang tiada orang dan ditutup.

“Kita boleh melihat PN caca-merba dan tak keruan lagi tambah-tambah dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini yang tidak memberangsangkan,’’ katanya.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dengan calon PN, Abidin Ismail.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – 30 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related