Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri: Muhyiddin

Kita sudah mula menggerakkan jentera bagi peringkat awal dan kerja-kerja lain akan menyusul termasuk mengenal pasti calon paling sesuai

9:45 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu telah dibuat sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik parti berkenaan.

“Kita dah mula menggerakkan jentera bagi peringkat awal dan kerja-kerja lain akan menyusul termasuk mengenal pasti calon paling sesuai yang akan kita letakkan daripada Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas program minum petang bersama masyarakat di kawasan Taman Puteri Gunong, Simpang Ampat di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN berkenaan kosong berkuat kuasa pada 19 Jun selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Mengulas mengenai bekas Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengulangi pendirian bahawa beliau sudah ‘pencen’ daripada politik, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata parti menghormati keputusan itu.

Mustapa dalam kenyataan hari ini berkata beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam Bersatu pada 30 Sept 2023 serta kekal dengan keputusannya untuk bersara daripada politik setelah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15. – 28 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related