Kolaborasi Insomniacks – Nabila Taqiyyah dalam lagu Belum Mulai sudah tular, tapi peminat Indonesia mengeluh!

Versi penuh lagu ini bakal dilancarkan dilancarkan di YouTube serta platform penstriman muzik digital pada jam 8 malam ini

5:27 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€“ Hasrat Insomniacks untuk berkolaborasi dengan artis rakaman luar negara akhirnya menjadi kenyataan menerusi duet bersama penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah menerusi single terbaharu mereka, Belum Mulai.

Menariknya, kolaborasi dengan penyanyi berhijab yang juga bekas naib juara program realiti hiburan, Indonesia Idol musim ke-12 itu berjaya menarik perhatian ramai peminat muzik di Malaysia mahupun Indonesia.

Ia terbukti menerusi teaser lagu itu yang dikongsi pihak Universal Muzik Malaysia dan Indonesia di platfotm Instagram dan TikTok.

Rata-rata mereka teruja melihat kolaborasi Insomniacks dengan Nabila serta tidak sabar menunggu versi penuh lagu Belum Mulai yang dilancarkan di saluran YouTube serta platform penstriman muzik digital bermula jam 8 malam ini.

Begitupun, terdapat segelintir peminat dari Indonesia yang meluahkan kekesalan mereka kerana berpendapat Nabila hanya diberikan bahagian nyanyian yang terlalu sedikit, sedangkan apa yang mereka dengar itu hanyalah sekadar teaser.

Ada pula berpendapat sebaliknya dengan mengatakan ia satu permulaan yang baik untuk Nabila melebarkan kerjaya nyanyiannya di luar negara khususnya Malaysia.

Lebih menakjubkan, sedutan lagu itu yang dikeluarkan pada 12 Jun lalu sudah mendapat lebih 85,0 000 tontonan di Instagram dengan 1,700 komen daripada netizen.

Belum Mulai ditulis dan digubah komposer berbakat, Clara Riva dan S/EEK dengan pengaruh nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an.

Lagu itu mengisahkan seseorang yang terpaksa meninggalkan orang yang disayanginya kerana beberapa perkara walaupun kisah cinta mereka belum bermula.

Pembikinan muzik video lagu ini dirakam di Jakarta pada Mac lalu dan penggambaran video muzik diadakan sekitar Mei. ā€“ 28 Jun, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

ā—‰ Related