Cukai pelancongan tidak jejas industri domestik, malah menguntungkan: King Sing

Kadar RM10 sebilik setiap malam hanya dikenakan kepada pelancong asing dan menjadi sumber kewangan mampan untuk perkembangan positif sektor tersebut

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai pelancongan yang dikenakan mulai 1 September 2023 kepada pelancong asing tidak menjejaskan sektor pelancongan domestik. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata ia kerana cukai itu hanya dikenakan kepada pelancong asing dengan kadar cukai sangat minimum, iaitu RM10 sebilik bagi setiap malam di premis penginapan pelancong di seluruh negara. 

Katanya, malah pengenaan cukai itu menjadi sumber kewangan mampan yang memberikan perkembangan positif terhadap sektor pelancongan negara. 

“Agihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri negeri adalah bagi tujuan promosi dan pemasaran pelancongan.

“Agihan itu juga bagi penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan pelancongan, penambahbaikan terhadap penyusunan statistik pelancongan, serta penganjuran acara pelancongan dan kebudayaan berimpak tinggi di seluruh negara,” katanya menerusi jawapan lisan Dewan Rakyat. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukan Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi, berhubung sama ada industri pelancongan untuk pelancong domestik akan terjejas daripada pelaksanaan cukai itu. 

Rushdan turut bertanyakan mengenai jumlah agihan hasil cukai pelancongan kepada negeri sejak cukai itu mula dilaksanakan. 

Bagaimanapun, King Sing berkata, perincian berhubung agihan hasil cukai pelancongan kepada negeri sejak pelaksanaannya perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan. 

“Jumlah agihan hasil cukai pelancongan kepada negeri adalah di bawah pemantauan Kementerian Kewangan,” katanya.  

Pengumuman berhubung pelaksanaan cukai pelancongan dibuat pada 2017 ketika Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dikemudi Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 

Ia menyaksikan kadar bayaran cukai ke atas pelancong antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam. 

Mohamed Nazri berkata, rakyat Malaysia akan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai pelancongan yang dikenakan kepada pengendali hotel penginapan dari tiada bintang hingga ke lima bintang. 

Pada 2018, menteri pelancongan ketika itu, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kerajaan tidak bercadang memansuhkan cukai berkenaan yang dilaksanakan di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017, memandangkan ia membawa kebaikan untuk negara dari aspek promosi sektornya. – 28 Jun, 2024 

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related