Tambah baik bekalan air adalah projek berterusan, bukan sebab PRK: Kon Yeow

Pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap masalah air yang dihadapi penduduk di SPS sejak beberapa tahun lalu

4:41 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Semua projek infrastruktur bagi menambah baik pembekalan air di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) adalah projek yang dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada musim pilihan raya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika menegaskannya berkata, kerajaan negeri perlu menjawab mengenai isu air itu memandangkan ia digunakan oleh lawan sebagai modal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

“Setiap projek yang dilaksanakan kerajaan negeri memerlukan perancangan teliti dan mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk disiapkan.

“Isu bekalan air di kawasan SPS terutama Sungai Bakap bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya masalah ini dihadapi penduduk sejak beberapa tahun lalu.

“Sebab itu, kalau kita lihat ada projek yang kita rancang berjaya disiapkan pada tahun lepas dan tahun ini, (ia) tidak ada kena-mengena dengan PRK Sungai Bakap yang sedang berlangsung,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd. (PBAHB) di Pulau Pinang hari ini.

Kon Yeow berkata, pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur tersebut juga membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap masalah air yang dihadapi penduduk di SPS terutama di Sungai Bakap sejak beberapa tahun lalu.

“Projek-projek ini telah siap mengikut jadual yang ditetapkan dan ini membuktikan Kerajaan negeri tidak lepas tangan terhadap masalah dihadapi penduduk di daerah SPS.

“Pada masa ini juga, kami sedang memantau keadaan dengan lebih dekat dan setakat ini kami tidak menerima banyak aduan mengenai masalah bekalan air sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Sebagai rekod, pada 2023 dan suku pertama tahun ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyiapkan beberapa projek strategik membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM33.72 juta.

Antara projek strategik utama yang telah disiapkan adalah modul rawatan air DAF di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor untuk meningkatkan bekalan air sebanyak 10 juta liter sehari (JLH) di SPS. – 27 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related