Tipu tempoh bekerja isu remeh yang diperbesarkan lawan: Calon PAS Sg Bakap

Isu dibangkitkan pihak lawan mengenai pendidikan dan pekerjaannya bukan sesuatu yang ‘besar’ sehingga boleh menjatuhkan negara berbanding isu harga barang naik

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Ini benda remeh-temeh, tidak perlu pihak lawan jadikan isu besar, lainlah isu harga barang naik,” kata calon PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Abidin Ismail.

Bercakap kepada Scoop, Abidin, 56, yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berkata, isu dibangkitkan pihak lawan mengenai pendidikan dan pekerjaannya bukan sesuatu yang ‘besar’ sehingga boleh menjatuhkan negara.

“Tidak ada apa pun, perkara ini normallah, tak payah ikutlah tindakan pihak hendak menjatuhkan orang lain, lainlah kalau saya membuat sesuatu yang menjatuhkan negara.

“Jangan dengar cakap orang, tapi lihat apa yang calon itu boleh lakukan untuk rakyat dan pengundi, itu lebih penting.

“Kita bertanding secara profesional, kalau nak layan semua isu, sampai kempen habis tak habis-habis, esok-esok ada lagi isu baharu cuba dikorek pihak lawan.

“Apa yang mereka nak kata kat saya, bagi saya itu bukan isu besar pun, yang penting untuk saya adalah menawarkan khidmat membantu rakyat yang dah sengsara sangat sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai poster memaparkan biodatanya yang mencetuskan tanda tanya, terutama mengenai latar belakang pekerjaannya.

Berdasarkan maklumat tertera, beliau bekerja sebagai Eksekutif Logistik USG Sdn Bhd bermula 1999 hingga 2022, namun tular di media sosial bahawa syarikat tersebut ditutup pada 2020.

Sebelum ini beliau turut dipersenda mengenai persijilan ISO 14001 yang diberikan kepadanya ketika pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Malah, Abidin menafikan dakwaan pihaknya menerima arahan daripada kepimpinan parti untuk ‘mengunci mulut’ dan tidak dibenarkan bertemu media.

“Tiada terima arahan sebegitu pun. Saya tidak sempat bertemu media disebabkan banyak mendekati akar umbi bagi memastikan undi diberikan kepada PN,” katanya.

Beliau juga memaklumkan akan melipatganda usaha untuk bertemu seramai mungkin pengundi selepas lima hari berkempen.

“Alhamdulillah, sambutan pengundi di sini setakat ini positif, namun masih awal, banyak lagi gerak kerja untuk kempen perlu kita teruskan, dekati seramai yang boleh,” katanya.

Bakal diadakan pada 6 Julai ini, PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Abidin dengan calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – 27 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related