Bapa reda jika rangka ditemukan milik anaknya yang hilang sebulan lalu

Kelibat lincah Hafiz Fauzan Abd Halid ketika bermain bola sepak di posisi sayap akan sentiasa diingati keluarga

9:10 PM MYT

 

BATU PAHAT – Bapa kepada seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak 25 Mei lepas reda sekiranya rangka manusia yang ditemukan bersama motosikal di sebuah kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar di sini semalam adalah milik anaknya.

Abd Halid Sugiman, 44, bapa kepada remaja yang hilang Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, berkata, anak ketiga daripada daripada tujuh beradik itu sangat berminat dengan bola sepak.

“Jika dia masih ada, pada penghujung tahun ini dia akan mewakili Johor untuk pertandingan bola sepak peringkat kebangsaan antara sekolah menengah agama (SMA).

“Kelibatnya yang lincah bermain di bahagian sayap akan tetap kami sekeluarga ingati, selain turut berkongsi minat bermain bola sepak bersama abang sulungnya, Haris Zhafran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bandar Putera Indah di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Abd Halid yang merupakan seorang guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Dayong, anaknya itu sememangnya seorang anak yang baik selain turut aktif dalam pertandingan nasyid dan sifatnya itu akan mereka sekeluarga ingat sampai bila-bila.

“Saya juga masih teringat kata-kata Hafiz seminggu sebelum dia hilang yang dia akan tetap berada di sini (Batu Pahat) walau apa yang terjadi, termasuk tidak akan mengikutnya jika berpindah ke Selangor…ini kerana pada awal tahun, saya ada memohon untuk berpindah balik ke kampung asal saya di Tanjung Karang,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan penemuan rangka manusia dalam kebun durian yang disyaki milik Hafiz Fauzan, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Parit Raja selepas dilaporkan hilang pada 25 Mei.

Turut ditemui motosikal hampir sama digunakan Hafiz berdasarkan nombor pendaftaran seperti dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya. – 25 Jun, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Why is Hamidin being blamed for recent sports controversies?

As FAM president, OCM deputy president, among other posts, he has received outsized criticism for matters out of his jurisdiction

Related