UiTM tutup Kursi Institusi Raja-Raja Melayu? Itu tidak betul: Naib Canselor

UiTM telah menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja untuk meneruskan fungsi KIRRM

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan laporan yang mendakwa Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) di bawah universiti itu akan ditutup susulan tiada lantikan baharu dibuat selepas penyandang terakhirnya, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz meninggalkan institusi tersebut, dua tahun lalu.

Perkara itu ditegaskan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Shahrin Sahib @ Sahibuddin ketika dihubungi Scoop, menjawab dakwaan berkenaan termasuk kononnya satu tindakan telah dilakukan dengan memindahkan kakitangan KIRRM ke unit-unit lain.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Shahrin Sahib @ Sahibuddin. – Gambar Facebook, 26 Jun, 2024

“Tidak betul (hendak tutup KIRRM), kita dalam proses carian calon untuk mengisi penyandang kursi tersebut,” katanya.

Malah beliau menegaskan pihaknya telah menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja untuk meneruskan fungsi KIRRM.

“Insya-Allah kita (UiTM) sedang memperkasa agenda 3R (agama, bangsa, institusi diraja) di bawah agenda Pemerkasaan Adiwangsa (pemerkasaan bangsa),” katanya.

Terdahulu media melaporkan platform yang menjadi pusat penerangan berkenaan fungsi dan peranan institusi diraja, KIRRM di bawah UiTM didakwa akan ditutup.

Sebahagian besar kakitangan KIRRM didakwa dipindahkan ke unit-unit lain sebagai langkah awal yang dikatakan sebagai pengecilan institusi yang ditubuhkan pada Julai 2018 itu sebelum ia dikatakan ditutup.

Penubuhan KIRRM merupakan satu usaha untuk memartabatkan serta memperkasa institusi raja-raja Melayu di negara ini di samping memberi gambaran yang sebenar tentang peranan raja-raja Melayu seterusnya mempertahan kedaulatan institusi berkenaan.

Ia merupakan sebuah pusat pengajian, penyelidikan, rujukan dan pengumpulan dokumentasi berkaitan institusi raja-raja Melayu di Malaysia dan Nusantara.

Idea dan inisiatif penubuhan KIRRM bermula pada 2014 di mana Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) telah diberi tanggungjawab sebagai sekretariat penubuhan.

Pejabat KIRRM, UiTM mula beroperasi pada Julai 2018 dengan Prof. Emeritus Datuk Zainal Kling dilantik Penyandang Kursi yang pertama dan tempoh lantikan adalah selama dua tahun iaitu bermula pada 2 Julai 2018. – 26 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related