Mengapa tidak libatkan kami? Ahmad Dhani protes Jokowi laksana permit konsert secara digital

Ahmad Dhani yang berkhidmat dalam Dewan Pembina Asosiasi Komposer Seluruh Indonesia turut menegaskan, nasib komposer dan pencipta lagu tidak pernah dianggap serius di Indonesia

1:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Komposer, pemuzik dan vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani menyampaikan protes secara terbuka kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo berhubung tindakan pihak pemerintah melancarkan pelaksanaan permit acara termasuk konsert secara digital, semalam.

Bersama Asosiasi Komposer Seluruh Indonesia yang diketuai Piyu dalam menyampaikan protes tersebut, Ahmad Dhani berkata, sebagai komposer, mereka tidak dilibatkan dengan pelaksaan permit konsert itu.

“Kami mendapat undangan untuk sebuah acara pelancaran permit acara online pada 24 Jun. Dalam hal ini, bapak Presiden, kami berasa kecewa apabila kami tidak dilibatkan atau kami tidak diikut serta dalam perumusan atau dalam pembangunan permit acara online tersebut” katanya kepada CNN Indonesia.

Ahmad Dhani berkata, sebagai pencipta lagu, pihaknya belum mengetahui bagaimana formatnya, kerana selama ini tidak pernah berasa untung atas penggunaan lagu dalam acara live (konsert).

“Kami cukup kecewa apabila tiba-tiba ada perasmian sebuah peraturan baru yang kami tidak tahu-menahu sama sekali,” kata Dhani.

Sementara itu Piyu yang juga pemuzik kumpulan Padi pula berkata, dengan melibatkan asosiasi komposer dalam pembuatan permit konsert online, ia akan menjadi ‘contoh yang baik’, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penggunaan karya cipta karyawan muzik Indonesia.

Protes itu disampaikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram milik Ahmad Dhani dua hari sebelum acara itu berlangsung.

Ahmad Dhani yang berkhidmat dalam Dewan Pembina Asosiasi Komposer Seluruh Indonesia turut menegaskan, nasib komposer dan pencipta lagu tidak pernah dianggap serius di Indonesia, terutama berkaitan soal royalti yang semakin mencetuskan persengketaan akhir-akhir ini.

“Sejak 2014, kami tidak pernah mendapatkan hak yang layak dalam penggunaan lagu di acara live (konsert), maka dari itu kami mohon Bapak Jokowi (Joko Widodo) untuk menangguhkan pelancaran pelaksanaan permit itu, sehingga kami ikut terlibat dalam pembuatan peraturan-peraturan tersebut,” katanya.

Pelaksanaan permit konsert yang berbasis digital itu dilihat mampu menurunkan biaya konsert muzik sehingga 20 hingga 25% yang mana ia diharap dapat membantu syarikat pengurusan acara untuk mengendalikan pelbagai acara termasuk konsert agar dapat menarik jumlah kedatangan pelancong di negara republik tersebut. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related