Isu BlackRock: Umno harap penjualan saham MAHB tak diteruskan, kata Mat Hasan

Menteri-menteri Umno memberi pandangan agar penswastaan kepada syarikat pro- Israel tidak diteruskan

6:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno berharap Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak meneruskan usaha penjualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun keputusan itu dibuat tanpa melalui Kabinet namun beliau berharap keputusan itu dapat dikaji semula.

“Kita menteri-menteri Umno memberikan pandangan jika boleh perkara ini (penswastaan kepada syarikat pro-Israel) tidak diteruskan.

“Tapi dia punya transaction (urusan) itu sudah terlampau advanced, jadi kita tengoklah macam mana (tapi).. kira harap (tidak diteruskan).

“(Cuma) kita tak tahu sama ada ia diteruskan atau pun tidak (keputusan) bukan di kalangan kita, sebab Khazanah di bawah Kementerian Kewangan (MoF) dan MoF perlu melihat baik dan buruk serta apa sahaja impaknya,” katanya.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini berkata, penjualan 30% saham itu amat bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini yang mendokong perjuangan Palestin. – Gambar FB Akmal Saleh, 23 Jun, 2024

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jasin di Melaka hari ini.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebelum ini membuat kenyataan menggesa keputusan itu dibawa kepada Jemaah Menteri kerana yakin menteri-menteri daripada Umno akan membantah cadangan itu.

Menurut Khairy lagi, tindakan Khazanah menjual 30% pegangan saham kepada konsortium itu menentang dasar kerajaan yang selama ini memperjuangkan soal kemanusiaan Palestin. – 23 Jun, 2024

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related