Desas-desus sertai Kerajaan Perpaduan: Podah! Tiada sebab PAS jadi macam Umno

Sehingga hari ini PAS bertegas tidak akan bersama-sama mendukung kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan tiada sebarang rundingan diadakan berkenaan isu parti itu dikatakan berminat untuk menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) seperti yang hangat diperkatakan kini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga hari ini PAS bertegas tidak akan bersama-sama mendukung kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim turut menempelak pimpinan tertinggi UMNO yang sanggup membelakangkan prinsip terdahulu mereka semata-mata mahu bersama dalam pimpinan Anwar.

“Hari ini (semalam) sedang viral berita kononnya Pas sedang berunding untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, podah! Saya nak buat penegasan bahawa Pas tidak akan menyertai kerajaan PH-BN.

“Tidak ada sebarang perundingan, tidak ada sebarang perbincangan, mesyuarat dalaman parti atau bersama. Tiada sebab kita nak dukung macam Umno, waktu kempen pada rakyat ‘No DAP! No Anwar! Wallahi, wabillahi, bersumpah’.

“Selepas pilihan raya apa yang berlaku? Dia jilat, langgar balik sumpah dia, waktu kempen PH serang UMNO, hoi hoi yahoi, macam-macam serangan dibuat, rakyat percaya Umno takkan sokong Anwar dan DAP, rakan-rakan Umno bagi undi pada Umno, tiba-tiba selepas pilihan raya dia langgar keputusan parti dia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada malam Sabtu.

Tuan Ibrahim turut mengulangi pendirian PAS yang tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP biarpun dikenakan pelbagai tekanan seperti tidak mendapat peruntukan bagi kawasan masing-masing daripada Kerajaan Pusat.

“Kita (PAS) janji dengan rakyat ‘No Anwar! No DAP!’ Kita akan pegang janji sehingga pilihan raya akan datang insya-Allah walaupun peruntukan tak dapat,” katanya.

Sebelum ini Scoop melaporkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan terdapat banyak perbincangan mengenai desas-desus mengaitkan gabungan antara pembangkang dan Kerajaan Perpaduan.

“Banyak perbincangan,” jelasnya ketika ditanya media, namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. – 23 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US embassy refutes claims of new sanctions on Malaysian companies  

Washington has not listed Putrajaya as ‘state sponsor of terror’, it clarifies

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Related