Tumpahan minyak dari Singapura: Pembersihan pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini

JAS Johor juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Singapura untuk memastikan insiden pencemaran minyak itu dapat diselesaikan dengan berkesan

2:40 PM MYT

Ā 

JOHOR BAHRU ā€” Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulanĀ tumpahan bahan api marin (MFO)Ā di perairan Pengerang,Ā bermula secara rasmiĀ 9.30 pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata syarikat insurans  kapal yang terbabit dalam pelanggaran dan mengakibatkan tumpahan itu, telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan tersebut dan akan menanggung kos terlibat. 

“Kejadian pelanggaran kapal pada Jumaat minggu lepas (14 Jun) di sebuah pelabuhan dalam wilayah Singapura telah menyebabkan tumpahan minyak sebanyak 400 tan.

“Dengan keadaan ombak yang bergelora selama beberapa hari, tumpahan minyak tersebut telah hanyut ke perairan negara kita iaitu di Pengerang dan pada pagi Rabu lepas, kesan tumpahan minyak tersebut telah ditemukan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia dan telah mencemarkan kira-kira satu kilometer garis pantai di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Jabatan Laut dan agensi berkaitan akan memantau kerja-kerja tersebut bagi memastikan kawasan pantai dan permukaan laut yang tercemar dibersihkan dan keadaan kembali seperti biasa.

Ling berkata JAS Johor juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Singapura untuk memastikan insiden pencemaran minyak itu dapat diselesaikan dengan berkesan.

Semalam, beliau dilaporkan berkata JAS Johor giat menjalankan pemantauan susulan kes pelanggaran antaraĀ kapal Vox Maxima dari Belanda dengan kapal tangki minyak Marine Honor dari SingapuraĀ di Terminal Pasir Panjang, Singapura. – 21 Jun, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Let us not forget our unsung heroes ā€“ Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

ā—‰ Related