Keputusan kemasukan ke IPTA diumum 28 Jun ini

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 29 Jun hingga 7 Julai di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan ILKA

11:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diketahui pada 28 Jun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, kemasukan ke peringkat Sijil, Asasi dan Diploma bagi sesi akademik 2024/2025 itu boleh disemak secara dalam talian mulai jam 5 petang di pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my; dan https://jpt.umt.edu.my.

Menurutnya, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 29 Jun hingga 7 Julai di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

“Hanya pemohon tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline untuk kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun, jam 12 tengah hari sehingga 7 Julai, jam 5 petang.

“Manakala, rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, KPT memaklumkan, tawaran tempat bagi sesi akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan” katanya. – 20 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Related