FFF 1 bernilai RM1.75 juta milik Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong berharap nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat

9:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.

Baginda menerusi hantaran di Facebook menzahirkan harapan agar nilai bidaaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Sultan Ibrahim turut berkongsi sekeping gambar menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mempersembahkan nombor pendaftaran kenderaan FFF 1 itu kepada baginda secara simbolik.

Sementara itu, Anthony Loke dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Kementerian Pengangkutan amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Sultan Ibrahim dan keprihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat.

Katanya, dana tersebut akan disalurkan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) di antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak, program Mylesen bagi golongan B40 serta penukaran topi kaledar baru kepada penunggang motosikal.

Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan siri FFF itu dibuka untuk bidaaan bermula 11 Mei dan berakhir 15 Mei 2024 jam 10 malam.

Siri FFF adakan kesinambungan daripada siri ‘F’ yang diperkenalkan setiap tahun pada sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sultan Ibrahim cukup dikenali sebagai pengumpul koleksi NPI.

Pada 11 Jun 2023 baginda turut berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan FF 1 dengan tawaran tertinggi bernilai RM1.2 juta.

Ia adalah nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan.

Pada 1 Julai 2016, Sultan Ibrahim turut memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan F 1 iaitu turutan nombor baharu bagi Putrajaya pada nilai RM836,660. – 20 Jun, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related