Murid prasekolah maut dilanggar van di depan rumah

Mangsa secara tiba-tiba melalui hadapan van dan dilanggar tanpa disedari

8:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang murid prasekolah meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dipandu wanita berusia 50 tahun yang tidak menyedari kanak-kanak itu berada di bahagian depan kenderaan tersebut di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Johor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku pada jam 11.35 pagi selepas pemandu menurunkan murid perempuan itu di hadapan rumah bersama abang mangsa yang berusia enam tahun.

Menurutnya, pemandu kemudiannya meneruskan perjalanan sebaik sahaja melihat abang mangsa melepasi van melalui belakang kenderaan itu dan beranggapan mangsa yang berusia lima tahun turut mengikuti abangnya.

“Tiba-tiba semasa bergerak, pemandu telah terlanggar mangsa yang melalui depan van tanpa disedari.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah cedera parah. Pemandu tersebut kemudiannya turun dari van melihat mangsa dan memaklumkannya kepada ibu bapa mangsa. Ibu mangsa membawanya ke Klinik Kesihatan Masai untuk rawatan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, walau bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan Masai.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian) kerana memandu melulu dan berbahaya.

“Tangkapan telah dibuat ke atas pemandu van itu bagi siasatan lanjut.

“Kita menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan serta memandu dalam keadaan bertanggungjawab,” katanya. – 19 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related