Sekarang giliran Ustaz Don, selepas ini siapa pula?: Ustaz Dusuki Abd Rani

Katanya, sebelum ini banyak nama pernah mewarnai dunia dakwah, tetapi disepikan dan difitnah, malah musuh itu ‘mematikan dan membunuh’ karakter nama asatizah yang dirasakan mampu menjadi ikutan masyarakat

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terkesan dengan situasi menimpa Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Dusuki Abd Rani mengakui apa dilalui penceramah selebriti itu bukan hal mengejutkan.

Bahkan, Dusuki yang pernah digam daripada muncul di televisyen serta dikecam gara-gara kenyataannya mencetuskan kontroversi menyatakan, apa berlaku kepada Ustaz Don itu disebabkan kebencian cuba dicetuskan segelintir pihak terhadap golongan asatizah.

“Apa yang terjadi kepada Ustaz Don pernah berlaku kepada asatizah sebelum ini. Kini giliran Ustaz Don pula.

“Sejarah dakwah di bumi Malaysia dan di dalam dunia ini, pasti akan ada musuh membenci dan ia akan berlaku selama dunia belum kiamat.

“Di Malaysia, setelah negara kita namanya ‘dimerdekakan’, musuh tidak berhenti bahkan semakin kuat merancang bagi menghancurkan umat dan bangsa ini. Mustahil musuh mendiamkan diri! ini yang sedang kita pelajari dan hadapi,” katanya.

Menurut Dusuki, sebelum ini banyak nama pernah mewarnai dunia dakwah, tetapi disepikan dan fitnah dengan cerita direka segelintir musuh.

“Mereka mengerahkan seluruh kekuatan untuk ‘mematikan dan membunuh’ karakter nama asatizah yang dirasakan serta dilihat mampu menjadi ikutan dan dijadikan pedoman masyarakat.

“Kini giliran Ustaz Don. Setelah ini siapa pula?” soalnya yang mengakui pernah merasai apa dirasai penceramah itu.

Sejak dua minggu ini, nama Ustaz Don hangat diperkatakan berikutan hadis dikongsikannya menjadi pertikaian, termasuk ketika muncul dalam program Salam Baitulmal di TV1, RTM.

Susulan itu, Ustaz Don direhatkan seketika dan muncul semula di dalam program terbabit.

Namun, khidmatnya sebagai pengacara program itu kemudian dihentikan serta-merta atas alasan sama.

Kini, timbul pula isu baharu mengenai Ustaz Don apabila dia didakwa mengeluarkan fatwa tidak jelas di sebuah stesen radio swasta, apabila membenarkan puasa pada hari tasyriq.

Bagaimanapun Ustaz Don tampil membuat permohonan maaf berhubung fatwa berkenaan di media sosial hari ini, selepas ia dianggap segelintir pihak sebagai mengelirukan.

Gambar: Ustaz Dusuki (FB)

Gambar: Ustaz Dusuki Abd Rani menegaskan, isu menimpa Ustaz Don Daniyal Don Biyajid disebabkan kebencian cuba dicetuskan segelintir pihak terhadap asatizah, malah menganggap perkara itu tidak mengejutkan.

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related