5 sekeluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dituduh di mahkamah esok

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melalui hebahan media memaklumkan, kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru

10:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima sekeluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor, yang mengorbankan dua anggota polis pada 17 Mei lalu, akan didakwa esok.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melalui hebahan media memaklumkan, kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

“Untuk makluman esok di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, lima suspek kes Ulu Tiram akan dituduh,” demikian maklum hebahan berkenaan.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lima ahli keluarga suspek dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurutnya, di bawah Sosma, Cawangan Khas Bukit Aman menjalankan siasatan manakala Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) meneruskan siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

Sebelum ini tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut direman, dibebaskan tanpa syarat.

Dalam kejadian serangan pada jam 2.54 pagi, 17 Mei lalu, tiga disahkan maut membabitkan dua anggota polis berusia 22 dan 24 tahun serta suspek berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Insiden itu membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang. – 18 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related