Ibadah korban didik sikap ambil berat terhadap masyarakat, semua sama di sisi Pencipta

Menerusi khutbah Aidiladha, ia menjelaskan ibadah haji mengingatkan kita mengenai perhimpunan agung di padang mahsyar yang menyaksikan manusia menunggu giliran untuk dibicarakan

10:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibadah korban mengajar masyarakat untuk meningkatkan sikap kepedulian, terutama kepada saudara di Palestin yang ketika ini dibantai teruk zionis Israel.

Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Salahuddin Ghozali berkata, perang sejak Oktober tahun lalu di Palestin, mengorbankan lebih 35,000 rakyatnya yang sebahagian besarnya kaum wanita, kanak-kanak dan orang awam.

Katanya, mereka juga kini diuji dengan kekurangan bekalan makanan, sumber air dan tenaga, pakaian serta tempat berlindung yang turut menjadi sasaran peluru rejim zionis.

“Tanya balik pada diri kita sendiri, bagaimana hati dan iman kita dalam isu penindasan umat Islam di Palestin ketika ini?

“Apa sumbangan kita terhadap perjuangan mereka membebaskan diri dan tanah air mereka, terutamanya Masjid al-Aqsa dari cengkaman zionis Israel?

“Setidak-tidaknya, hendaklah kita sentiasa mendoakan mereka agar diselamatkan dari kekejaman zionis Israel, selain mereka segera bebas dan diangkat segala kesusahan sedang mereka alami ketika ini,” katanya.

Dalam umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, mereka diingatkan agar tidak melupakan kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis Israel, di mana sejak serangan Oktober lalu 35,000 orang telah terkorban. – Gambar ihsan UNRWA, 17 Jun, 2024

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Aidiladha 2024 bertajuk Aidiladha dan Kepeduliaan Sosial Kita selepas solat sunat di masjid berkenaan.

Solat sunat itu disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama kira-kira 10,000 jemaah.

Salahuddin berkata, sikap kepedulian masyarakat juga wajar ditunjukkan terhadap orang lain, terutama ahli keluarga dan jiran kerana ia menjadi tanggungjawab yang turut dipersoalkan di akhirat kelak.

“Dengan ibadah korban kita lakukan, sebahagiannya akan kita berikan kepada umat Islam lain dan dengan itu, ia mengajar kita mengenai sikap cakna serta peduli pada orang di sekeliling dan melatih amalan bersedekah kepada orang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, ibadah haji memberi beberapa pengajaran besar kepada semua individu dan satu daripadanya adalah mengingatkan individu bahawa mereka semua sama di sisi Allah SWT.

“Yang membezakan kita hanyalah takwa kepada-Nya. Harta, pangkat tinggi, jawatan, pengikut di media sosial hanyalah perhiasan dunia yang tidak membawa apa-apa makna kepada kita sekiranya kita tidak memanfaatkannya pada jalan Allah SWT.

“Nanti apabila kita mati, semua perhiasan dunia itu akan ditinggalkan dan tidak dibawa mati sedikit pun, malah akan dipertanggugjawabkan pula di akhirat.

“Hanya berbekalkan amal baik semasa hidup dan doa dari anak-anak soleh menjadi peneman ketika di alam kubur nanti,” katanya.

Ibadah haji memberi beberapa pengajaran besar kepada semua individu dan satu daripadanya adalah mengingatkan individu bahawa mereka semua sama di sisi Allah SWT. – Gambar Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, – 17 Jun, 2024

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, ibadah haji mengingatkan kita mengenai perhimpunan agung di padang mahsyar kelak.

Jelasnya, jutaan umat Islam yang berkumpul di kota suci ketika ini, memberi gambaran perhimpunan umat manusia yang menunggu giliran untuk dibicarakan Allah SWT.

Ketika hari perhimpunan itu, katanya, dikumpulkan seluruh makhluk bermula dari awal penciptaan hingga kepada makhluk terakhir yang ada di bumi.

“Diriwayatkan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, sebuah hadis dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata ‘Rasulullah SAW pernah bersabda.

“Maksudnya Allah akan mengumpulkan dari makhluk pertama hingga terakhir pada hari sudah ditentukan, mereka berdiri 40 tahun sambil pandangannya tegak melihat ke langit menunggu Allah memutuskan hukuman,” katanya.

Pada masa sama, Salahuddin menegaskan, peluang dan kesempatan diperoleh dalam meraikan Aidiladha harus digunakan umat Islam sebaik-baiknya, dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, iaitu mentaati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan dan perkara dimurkai-Nya.

“Hari ini kita menyambut Aidiladha bersempena ibadah haji dan ibadah korban yang dimulakan Nabi Ibrahim AS.

“Perintah diterima dari Allah SWT ini adalah ujian dalam membuktikan keimanan, kesabaran dan keikhlasan serta penyerahan diri kepadaNya,” katanya. – 17 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related