Misteri kehilangan lelaki sejak seminggu lalu terjawab, mayat ditemui dalam semak

Siasatan mendapati motosikal ditunggang lelaki terbabit disyaki terbabas semasa melalui jalan besar Felda Soeharto

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui di dalam semak di tepi jalan besar Felda Soeharto, dekat Hulu Selangor, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, mangsa berusi 57 tahun ditemui kira-kira jam 10.15 pagi, bersebelahan motosikal Honda EX5 ditunggangnya.

“Difahamkan, lelaki terbabit keluar dari rumahnya di Taman Sentosa, Klang dipercayai mahu membeli rokok sebelum kehilangannya disedari anak lelaki berusia 29 tahun.

“Anaknya yang juga pemilik motosikal kemudian membuat laporan berhubung kehilangan bapanya itu pada 9 Jun lalu di Balai Polis Klang.

“Siasatan mendapati motosikal ditunggang lelaki terbabit disyaki terbabas semasa melalui jalan besar Felda Soeharto. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, hasil temubual waris dan penduduk setempat mendapati mangsa tidak dapat dipastikan hendak ke mana kerana tidak mempunyai saudara atau rakan di tempat kejadian.

Beliau berkata, proses bedah siasat kemudian dijalankan di Hospital Kuala Kubu Baharu dan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada dada.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kemalangan itu bagi tampil membantu siasatan,” katanya. – 16 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

No instant KPI: BAM gives Herry IP time to shape Malaysia’s doubles future

BAM allows new men’s doubles head coach Herry Iman Pierngadi time to familiarise himself with the players, culture before expectations are defined

Related