MITA naikkan harga sewa bas, van persiaran 20% bermula 17 Jun ini

Kenaikan itu langkah sementara yang diambil pengusaha bas dan van sehingga kerajaan kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan bas dan van persiaran dalam kategori Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 1.0

5:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) mengumumkan kenaikan sebanyak 20% daripada harga sewaan bas dan van persiaran sedia ada bermula 17 Jun ini.

Presidennya, Leong Hoon Min berkata, kenaikan itu merupakan langkah sementara yang diambil sehingga kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan bas dan van persiaran dalam kategori Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0.

“Banyak pertanyaan sejak pengumuman kenaikan harga minyak. Maka kami mengumumkan bagi pihak bas dan van persiaran akan menaikkan harga sebanyak 20% daripada harga sewaan sekarang ataupun sebelum subsidi minyak.

“Saya andaikan contoh, kalau kita sewakan bas persiaran sehari RM2,000 maka dengan kenaikan sebanyak 20% sekarang, maka harga baru ialah RM2,400. Jadi ini adalah kenaikan sementara menunggu keputusan daripada kerajaan.

“Kami menyokong tindakan kerajaan berbincang dan menyelesaikan masalah itu, tapi nak menunggu hingga akhir bulan ini dan bulan depan, kami rasa sangat berat kerana hari-hari bas dan van kena isi minyak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, MITA merayu kerajaan mempertimbangkan untuk memperluaskan subsidi diesel kepada pengusaha bas persiaran.

Hoon Min berkata, kenaikan RM1.20 per liter terlalu membebankan pengusaha bas persiaran sekali gus memberi kesan kepada pakej pelancongan.

“Keputusan kerajaan yang tidak memanjangkan subsidi diesel ini telah memberi kejutan dan kesan negatif kepada pengusaha bas persiaran,” katanya.

Pada Selasa lalu, beliau bersama 20 pengusaha bas persiaran hadir untuk menyerahkan surat rayuan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Mohd Yusri Mohd Yusoff di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Hoon Min berkata, MITA akan memantau kenaikan harga tersebut bersama semua ahlinya.

“Sekiranya harga minyak melonjak dan turun, kita akan adjust (selaraskan) kenaikan harga itu sehingga kita dapat satu keputusan sah dan berpanjangan.

“Apabila menteri sudah bersemuka dan berbincang dengan kita dan satu penyelesaian terbaik sudah diumumkan, maka kenaikan itu akan dimansuhkan,” katanya.

Bermula 10 Jun lalu, harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, untuk tempoh seterusnya, harga diesel akan diumum setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan dan kerajaan terus memantau keadaan bagi mengelakkan ketidakstabilan harga. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related