Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji

Setakat ini ia telah memindahkan 17 jemaah pelbagai negara dari hospital mereka dirawat  di Madinah ke Tapak Suci untuk membolehkan jemaah menunaikan ibadat haji sambil menerima rawatan

9:00 AM MYT

 

MAKKAH – Sebuah konvoi pengangkutan kesihatan lengkap dengan kumpulan 24 ambulans telah memindahkan 17 jemaah pelbagai negara dari hospital mereka dirawat  di Madinah ke Tapak Suci pada 9 Jun, bagi membolehkan mereka menunaikan haji sambil menerima rawatan.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi yang memetik Kementerian Kesihatan Arab Saudi, keadaan kesihatan jemaah dipantau dan dinilai oleh pasukan perubatan pakar yang mengiringi konvoi itu sehingga tiba di Tapak Suci.

Konvoi itu adalah sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan berintegrasi yang disediakan, merangkumi semua sektor kesihatan di bawah pengawasan dan organisasi Direktorat Kesihatan Am di Madinah.

“Kluster kesihatan di Madinah, dengan kerjasama beberapa sektor kesihatan, menyediakan kumpulan lengkap terdiri daripada 24 ambulans yang dilengkapi dengan bekalan perubatan penuh. Ia juga termasuk pasukan perubatan khusus yang terdiri daripada 106 pengamal (doktor, jururawat dan paramedik) dan enam ambulans ditempatkan sepanjang jalan migrasi antara Madinah dan Makkah.

Selain itu, konvoi berkenaan juga terdiri daripada kenderaan penyelenggaraan dan bengkel bergerak, kenderaan oksigen, kenderaan pemantauan dan intervensi pantas, menurut laporan itu.

Laporan itu juga menekankan bahawa ini adalah kali pertama Bulan Sabit Merah Saudi, Hospital Pakar Raja Faisal di Madinah, Hospital Putera Mohammed bin Abdulaziz untuk Pengawal Nasional, dan Hospital Putera Sultan untuk Angkatan Bersenjata, bersama beberapa kemudahan kesihatan swasta bekerjasama dalam menyediakan konvoi ini.

Setiap tahun, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk memindahkan jemaah yang sakit dari hospital di Madinah ke Tapak Suci, membolehkan mereka menyelesaikan ibadah haji dalam keadaan sihat dan selamat.

Sementara itu, laporan tersebut menyatakan bahawa beberapa jemaah dan pengiring mereka mengucapkan terima kasih dan penghargaan mereka kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, dan Putera Mahkota atas kemudahan haji dan tahap penjagaan kesihatan yang disediakan kepada mereka di Madinah sejak ketibaan mereka sehingga berangkat ke Makkah. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related