Jemaah cilik sambut Zulhijjah dengan program simulasi haji

Program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) ini disertai kira-kira 3,000 kanak-kanak melibatkan 145 buah tadika di Selangor

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Labbaikallah humma labbaik”, hamba-Mu datang menyahut seruan-Mu, ya Allah.

Bayangkan talbiah lazim musim haji ini dilaungkan beramai-ramai oleh jemaah haji cilik.

Anak-anak ini adalah peserta Program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim).

Program yang diadakan pada Rabu itu telah dijalankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Acara simulasi ini disertai kira-kira 3,000 kanak-kanak melibatkan 145 buah tadika di Selangor.

Program itu juga dilakukan serentak di sembilan buah negeri iaitu Kedah, Penang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah penglibatan 12,000 kanak-kanak bermula 8 pagi.

Peserta dipakaikan ihram sebagai syarat sah sebelum program dimulakan – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
‘Hajah’ kecil mendapatkan cop di ‘pasport’ sebelum memulakan perjalanan untuk memulakan simulasi ibadah masing-masing – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Walaupun hanya simulasi, telekung anak-anak ini lengkap perincian bendera dan tanda nama negara persis jemaah dewasa – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Peserta mengutip batu di lokasi program untuk simulasi melontar di jamrah, iaitu satu daripada syarat sah haji – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Hampir selesai! Jemaah haji cilik melontar di salah satu ‘jamrah’ – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Sama seperti di Makkah, suasana panas di Shah Alam pasti membuat sesetengah jemaah rasa kurang selesa atau kurang sihat. Sama seperti di Tanah Suci juga, sentiasa ada skuad perubatan terlatih untuk membantu – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Semangat! Setelah simulasi tawaf, anak-anak ini dibawa untuk simulasi sa’ie pula – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Setelah selesai semuanya, bolehlah bertahallul, atau memotong sedikit helaian rambut untuk melepaskan diri daripada ihram selepas melakukan umrah atau haji – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Bukan sahaja ada replika Kaabah dan jamrah di program simulasi ini, ada replika haiwan untuk dikorban juga, seperti unta dan kambing – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
Jemaah cilik lengkap berihram berehat selepas simulasi haji. Semoga satu hari nanti dapat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji yang sebenar – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024
‘Jemaah kanak-kanak’ bersedia untuk tawaf mengelilingi replika Kaabah ketika Program Simulasi Haji Cilik anjuran Pertim di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini – Sairien Nafis/Scoop, 13 Jun, 2024

Topics

 

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related