Ustaz Don kembali mengacara Salam Baitullah di TV1 selepas ‘direhatkan’ RTM

Terdahulu, RTM bertindak ‘merehatkan’ Ustaz Don selepas dikritik susulan dakwaannya berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW

10:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don dilihat menyambung semula tugas sebagai pengacara program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1, malam ini.

Program tersebut disiarkan secara langsung dari Masjid Putra, Putrajaya.

Ustaz Don yang tampil berjubah biru gelap disambut dengan ucapan ‘selamat kembali’ oleh pengacara bersama, Fakhrul Radhi yang juga anggota kumpulan nasyid popular, UNIC, dan Imam Muda Megat Mohd. Zaid.

Sebelum ini Scoop melaporkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertindak ‘merehatkan’ Ustaz Don daripada program Salam Baitullah selepas dikritik susulan dakwaannya berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW.


Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di laman X.

Menurut Suhaimi, ia dilakukan bagi meredakan keadaan selepas Ustaz Don dikritik beberapa pihak termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil beliau bagi berbincang dan mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi kenyataannya mengenai ‘cinta pertama’ Rasulullah SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbincangan lanjut bersama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusof akan dilakukan bagi mengusahakan pertemuan itu.

Salam Baitullah adalah rancangan RTM yang bersiaran setiap kali musim haji kembali menemui penonton bermula 2 hingga 17 Jun ini.

Tahun ini, 17 episod program Salam Baitullah disiarkan secara langsung di saluran TV1, Saluran Berita – 123 MyTV juga RTMKlik selama sejam 30 minit mulai jam 9 hingga 10.30 malam. – 12 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related