8 individu terbabit sindiket penjualan tanah Felda di Melaka ditahan

Susulan penahanan itu juga, SPRM turut menyita hampir 200 akaun bank milik individu dan syarikat membabitkan nilai lebih RM28 juta

8:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lapan individu melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam di ibu negara dan Sabah kerana dipercayai bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Melaka.

Tiga broker dan dua orang awam ditahan di sini manakala di Sabah pula melibatkan dua pegawai bank serta seorang pengarah syarikat, kesemuanya berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 17 Jun ini terhadap lima suspek lelaki berkenaan dikeluarkan Majistret Lili Marisqa Khalizan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Sementara itu, perintah reman selama enam hari sehingga 16 Jun ini terhadap tiga suspek iaitu dua wanita dan seorang lelaki dikeluarkan Majistret Wan Farrah Afriza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas permohonan dibuat SPRM hari ini.

Menurut sumber, tiga broker bersama-sama pengarah syarikat dan dua orang awam yang bertindak sebagai orang tengah itu memberi rasuah hampir RM2 juta kepada dua pegawai bank berkenaan sebagai balasan membantu meluluskan pembukaan akaun perbankan yang kononnya didaftarkan atas nama Felda.

“Akaun perbankan yang dibuka dengan bantuan pegawai bank berkenaan atas nama Felda ini bagi memancing kepercayaan pembeli yang menyangkakan bahawa urus niaga penjualan tanah itu adalah ‘genuine’ (tulen) daripada Felda, seterusnya melakukan pembayaran ke akaun berkenaan.

“Tindakan pegawai bank yang bersekongkol dengan sindiket ini menyebabkan tanah milik Felda seluas lebih kurang 260 hektar bernilai RM400 juta di Bukit Katil, Melaka telah dijual pada 2023,” katanya.

Sumber berkata, kesemua suspek ditahan antara jam 6 petang semalam hingga 1 pagi tadi ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Pejabat SPRM Sabah.

Katanya, susulan penahanan itu juga, SPRM turut menyita hampir 200 akaun bank milik individu dan syarikat membabitkan nilai lebih RM28 juta.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Budget 2025: consider soft loan to help us replace old school buses, say operators

Federation of School Bus Associations’s president Amali Munif Rahmat says that an interest-free soft loan can help them procure new buses and recruit young operators

Here’s the scoop… 

FOR the last two minggu, many of you have started getting acquainted with Scoop. Founded by the three of us with a combined experience of nearly 100 tahun, we hope to fill a void in news and information consumption.

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related